Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Lebih Cepat" - Ini Cara Mudah Semak CCRIS Anda Secara Online

Lepas ini dah tahu kan.

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Jika anda ingin membuat peminjaman kewangan seperti membeli kereta atau rumah, pasti mereka akan melihat CCRIS anda terlebih dulu betul tak?

Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit, adalah sistem yang direka khas oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengeluarkan laporan kredit individu yang nak buat pinjaman.

CCRIS ini adalah penting kerana ia menyimpan semua pangkalan data dan semua rekod permohonan yang menunjukkan gambaran penuh kewangan anda.

Anda diwajibkan untuk menunjukkan ini kepada mereka sebelum membuat peminjaman bank. Tetapi, tahukah anda sebenarnya ia boleh disemak secara online saja sekarang tanpa perlu pergi ke premis?

Ikuti langkah-langkah di bawah:

1. Daftar di laman web

Image via Bank Negara Malaysia

Perkara pertama anda perlu lakukan adalah dengan melayari eccris.bnm.gov.my untuk mendaftar terlebih dulu. Klik ‘Register Now‘.

2. Isi maklumat diri

Image via Bank Negara Malaysia

Image via Bank Negara Malaysia

Anda perlu mempunyai Online Banking sendiri untuk bayaran RM1.00 pengesahan maklumat. Untuk makluman juga, RM1 ini akan dipulangkan semula ke akaun anda dalam masa 2 hari waktu bekerja selepas pendaftaran berjaya.

Klik pada kotak ‘Yes, I understand’ dan Proceed.

Anda kemudian diminta untuk mengisi segala butiran maklumat diri dan selepas itu klik pada butang 'submit'.

3. Buat pembayaran

Image via Bank Negara Malaysia

Image via Bank Negara Malaysia

Anda kemudian diminta untuk memilih akaun bank online dan membuat pembayaran RM1.00.

Selepas berjaya buat bayaran RM1, klik ‘Proceed To eCCRIS‘ dan ‘Proceed to First Time Login

4. Masukkan nombor pin

Image via Bank Negara Malaysia

Image via Bank Negara Malaysia

Langkah seterusnya adalah masukkan nombor pin yang telah dihantar melalui email anda. Kemudian set kan User ID dan Password.

Image via Bank Negara Malaysia

Pilih Security Image dan 3 soalan Security anda mahu beserta jawapan.

5. Log in

Image via Bank Negara Malaysia

Image via Bank Negara Malaysia

Selepas selesai bahagian security, back to home kembali dan Login. Masukkan User ID, Password dan OTP. OTP akan dihantar di nombor telefon anda. Kemudian klik verify.

6. Lihat laporan CCRIS

Image via Bank Negara Malaysia

Image via Bank Negara Malaysia

Selesai saja login, anda kini boleh menyemak laporan CCRIS anda dengan klik butang 'Enquiry'.Klik pada kotak kecil ‘I Agree’ dan ‘Report Enquiry’

Image via Bank Negara Malaysia

Report CCRIS anda akan keluar seperti paparan berikut. Jika laporan anda menunjukkan ‘0’ bermakna laporan kewangan anda adalah baik. Syabas!

Mudahkan sekarang, semuanya boleh buat online saja :)

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment