"Lebih 50 Tahun Berpisah" - Dua Lelaki Berpelukkan Sambil Menangis Ini Buat Ramai Sebak
Rindu pula dekat adik-beradik.
"Air yang dicincang tidak akan pernah putus"
Ungkapan peribahasa ini membawa maksud, hubungan adik-beradik yang tidak baik atau berpisah disebabkan masalah keluarga, pastinya mereka ini akan berbaik dan disatukan semula.
Menerusi video yang tular baru-baru ini, pemilik video ini telah memuat naik rakaman adik-beradik yang sudah lama berpisah disebabkan masalah keluarga telah mencuri tumpuan netizen.
Lihat video itu di bawah:
Menangis sehingga terduduk sebab terlalu rindukan abangnya
Menerusi video yang dimuat naik oleh @adukirana3036, lelaki yang dikenali sebagai abang cik sudah 54 tahun melarikan diri dan berhijrah ke Sabah. Dia juga sudah 54 tahun tidak pulang menziarahi keluarganya di Jitra, Kedah.
"Hang tinggai aku lama noh abang cik noh, hang tak ingat kampung dengan aku noh". Sebaik sahaja melihat abangnya dia terus memeluk dan menangis disebabkan terlalu rindukan abangnya.
Situasi ini telah membuatkan ramai netizen tersentuh dan merasa sebak melihat pertemuan adik-beradik ini selepas berpuluh tahun mereka tidak berjumpa.
Image via @adukakirana3036 (TikTok)
Image via @adukakirana3036 (TikTok)
"Itu maknanya dia selalu merindui dan memikirkan adik-beradiknya" - Netizen
Ketika menulis artikel ini, video tersebut telah meraih sebanyak 1.9M views, 222.1K likes serta 3284 shares di TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut rasa sebak melihat lelaki itu menangis sebaik sahaja melihat abangnya.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @adukakirana3036 (TikTok)
Image via @adukakirana3036 (TikTok)
Image via @adukakirana3036 (TikTok)
Image via @adukakirana3036 (TikTok)
Bila dekat gaduh, bila jauh rindu, itulah adik beradik :')
Image via Giphy.com
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment