Lelaki Baca Ruqyah Masa Hiking Dalam Hutan, Sekali Ada Suara Nenek Tua 'Mengejek', Seram!
Meremang terus bila dengar suara nenek tu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Aktiviti hiking kini dilihat semakin digemari orang ramai, terutama dalam kalangan remaja
Kebiasaannya, aktiviti ini lebih seronok jika dilakukan beramai-ramai bersama kawan atau keluarga. Namun, lain pula dengan video yang tular baru-baru ini memaparkan seorang lelaki berani hiking seorang diri di dalam hutan.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @nazihsopian di TikTok lelaki tersebut membaca zikir dan ayat ruqyah ketika memulakan aktivitinya.
Walau bagaimanapun, ketika dia sedang membaca ayat ruqyah itu, tiba-tiba kedengaran suara nenek tua seperti mengejeknya.
Image via @nazihsopian (TikTok)
Ada yang kata mungkin suara bunian
Susulan tularnya video itu yang kini meraih 4.4M tontonan, ramai netizen mengatakan kemungkinan suara nenek tua itu adalah bunian.
Ada yang berkongsi pengalaman ahli keluarga mereka yang hilang kerana masuk ke alam bunian.
Dalam pada itu, ada juga yang berkata sebenarnya tidak digalakkan membaca ayat ruqyah kalau masuk ke dalam hutan kerana ia seolah-olah mengganggu dan membakar 'makhluk' lain yang berada di sana.
Image via @nazihsopian (TikTok)
Image via @nazihsopian (TikTok)
Image via @nazihsopian (TikTok)
Image via @nazihsopian (TikTok)
Lihat video penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment