Lelaki Berjaket Hitam Bikin Kecoh Acu Pistol Ke Arah Orang Awam, Dipercayai Khayal Dadah
Difahamkan, senjata yang dipegangnya adalah pistol tiruan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tindakan seorang lelaki berjaket hitam tiba-tiba mengacu ke arah orang awam pistol di Kuala Terengganu, Rabu lalu telah mengundang kegusaran ramai
Menurut laporan Kosmo!, insiden tersebut berlaku di persimpangan lampu isyarat berhampiran Bukit Besar dekat Kuala Terengganu, Terengganu.
Menerusi kilp video berdurasi 22 saat itu, penunggang motosikal berkenaan dilihat memegang sepucuk pistol tiruan dan menghalakannya pada orang awam ketika kenderaan dari arah bertentangan sedang bergerak.
Image via Kosmo!
Dia yang menunggang motosikal Honda C70 itu dipercayai berada dalam pengaruh dadah
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor, suspek yang berada dalam pengaruh dadah tersebut berjaya dikesan di Kampung Ladang Sehat pada pukul 1.30 tengah hari Khamis, 18 Julai 2024.
"Tindakan lelaki berusia 26 tahun tersebut dipercayai bagi mengarahkan kenderaan lain yang berada di laluan bertentangan berhenti bagi membolehkan dia memecut laju motosikalnya ke arah Kampung Dusun Melintang.
"Berdasarkan video yang tular di media sosial, siasatan dilakukan seterusnya membawa kepada penangkapan suspek.
"Serbuan berjaya menemui sepucuk pistol disyaki tiruan warna hitam bercetak De In Israel," katanya.
Image via Kosmo!
Suspek mengaku dapat senjata api tiruan dari sebuah tong sampah berhampiran Bulatan Ladang
"Soal siasat terhadap suspek yang beralamat di Ranau, Sabah itu mengaku terlibat di dalam kes yang disiasat.
"Suspek yang juga bekerja sebagai pembantu kedai makan mendakwa pistol tersebut diambil di dalam tong sampah berdekatan Bulatan Ladang.
"Ujian air kencing mendapati suspek positif dadah methamphetamine dan dia memiliki satu rekod jenayah lampau berkaitan mencederakan orang.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata Api 1960," katanya lagi.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment