Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Berkahwin Is Better" - 37 Tahun Hidup Membujang, Lelaki Ini Akui Gembira Setelah Bernikah

Bagaimana nak tahu bahagianya berkahwin itu jikalau tidak pernah merasainya, bukan?

Cover image via Google

Apabila berbicara soal jodoh ini, ianya sememangnya di luar kuasa dan jangkaan kita

Kita selalu dengar orang kata bahawa berkahwin merupakan saat yang penting dalam kehidupan manusia. Namun begitu perjalanan setiap manusia itu berbeza.

Image via Baitul Jannah

Ada yang bertemu jodoh pada usia muda dan ada juga yang bertemu jodoh ketika usia lebih matang. Semua ini telah pun ditetapkan dan merupakan rahsia Allah SWT sehingga tiba masanya.

Ada juga yang berpendapat mereka lebih selesa untuk hidup single. Boleh jadi kerana mereka sudah lama hidup membujang sehinggakan sudah terbiasa dengan kehidupan itu. Tapi bagaimana nak tahu bahagianya berkahwin jika tidak pernah merasainya, bukan?

Sama seperti yang dirasai seorang lelaki ini.

Mengakui kehidupan sebagai orang single memang seronok, namun dia lebih gembira setelah berkahwin pada usia 37 tahun.

Menerusi satu perkongsian di laman Twitter, @RKAlimitless berkata meskipun hidup sebagai orang bujang dianggap lebih menyeronokkan kerana lebih bebas dan tidak terikat dengan banyak komitmen, tetapi dia sentiasa terasa seperti ada kekosongan di dalam 'keseronokan' tersebut.

Image via Twitter @RKAlimitless

Ekoran tularnya tweet itu, rata-rata warganet mula menanyakan keperihalan hidup berumah tangga. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang sering merasa diri mereka tidak bersedia untuk menjejaki alam perkahwinan.

Berdasarkan jawapan lelaki tersebut, diakui ia adalah proses biasa dan sekiranya sudah bertemu dengan pasangan yang sesuai, eloklah sekiranya disunting terus agar tidak terlepas daripada genggaman.

Image via Twitter @RKAlimitless

Image via Twitter @RKAlimitless

Mengimbau kembali dirinya saat masih single, dia juga tidak lari daripada cakap-cakap orang sekeliling. Bahkan dirinya juga pernah dikatakan menggemari golongan sejenis yang mana memberi kesan kepada ibunya.

Image via Twitter @RKAlimitless

Tidak perlu terlalu gopoh dalam mencari jodoh, kerana perkara yang baik selalunya terjadi dalam keadaan yang tidak diduga dan sangat pantas. Pernah dengar bukan orang kata, "Good things come to those who wait"?

Image via Twitter @RKAlimitless

Image via Twitter @RKAlimitless

Tidak dapat dinafikan salah satu punca kenapa ramai 'takut' untuk berkahwin adalah disebabkan masalah kewangan. Rata-rata di antara kita yang merasakan bahawa duit itu tidak pernah akan cukup untuk berkahwin.

Menurut lelaki itu, berkahwinlah ikut kemampuan. Selepas itu fokuskan pada kehidupan selepas berkahwin dan perlu sentiasa bekerja keras demi memastikan kesejahteraan rumah tangga tersebut.

Image via Twitter @RKAlimitless

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat mereka yang masih ragu-ragu untuk berkahwin. Ingat, berkahwin is better.

Belum rasa, belum tahu!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Yang single nak kahwin, yang kahwin nak single. Pulak dah!

Lagi artikel-artikel tentang jodoh yang seronok untuk di baca!

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment