Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Lelaki Ini Kongsi Kenapa Ada Papan Tanda Bahasa Jepun Di KL Sentral, Baca Sejarah Balik!

Lain kali belajar sejarah sampai habis tau.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum mengetahui, bahasa kebangsaan di Malaysia adalah bahasa Melayu dan ia juga digunakan dalam urusan rasmi kerajaan

Namun, tular baru-baru ini di laman Facebook apabila rungutan seorang rakyat Malaysia yang prihatin berhubung papan tanda di KL Sentral yang menggunakan bahasa Jepun.

Perkara ini baginya langsung tidak mencerminkan budaya di Malaysia yang di mana bahasa rasminya adalah bahasa Melayu.

"Bahasa jiwa bangsa nak bunuh bangsa bunuhlah bangsanya," tulisnya.

Seorang lelaki tampil menjelaskan kenapa wujudnya papan tanda bahasa Jepun

Seorang lelaki yang bernama Mohd Ikhmal Mohd Iskandar tampil di Facebook untuk memberi pencerahan tentang isu papan tanda tersebut.

Menurutnya, dia sering menggunakan KL Sentral, jadi papan tanda tersebut sudah lama berada di situ sejak sekian lama, bukan baru tahun ini.

"Untuk pengetahuan semua, signboard ini sedemikian rupa kerana penghargaan kepada arkitek Kisho Kurokawa, arkitek berbangsa Jepun yang bertanggungjawab design KL Sentral.

"Ia juga penghargaan kepada Kerajaan Jepun yang memberi significant yang besar kepada FDI di Malaysia," jelasnya.

Image via boharibinibrahim (Facebook)

Dalam masa yang sama, dia turut membidas kenyataan tentang posting yang berbaur fitnah itu

"Dan aku juga percaya, encik yang tukang komen ini pengguna sesekali KL Sentral, that's why beliau baru perasan.

"Percayalah, fasiliti KL Sentral sekarang jauh lebih bagus berbanding kewujudannya time aku kena buat assignment guna pengangkutan awam ketika aku belajar di UiTM dulu.

"Tak salah untuk kita jadi bangsa yang prihatin, tapi jangan lah terus sembur tak tentu hala kat media sosial seolah-olah ia hanya berlaku ketika Anwar Ibrahim adalah PMX," katanya.

Hal ini merupakan inisiatif untuk menjadikan Malaysia mesra kepada orang Jepun, terutamanya bagi mereka yang tidak fasih berbahasa Inggeris atau Melayu

Menurut reddit, masyarakat Malaysia sepatutnya tahu bagaimana Jepun berkembang dalam pasaran Malaysia. Lebih penting lagi, orang Jepun lebih suka di sini daripada tanah air mereka. Oleh kerana bilangan mereka yang berkembang di sini, nampaknya ini sebagai inisiatif untuk menjadikan Malaysia mesra kepada orang Jepun, terutamanya bagi mereka yang tidak fasih berbahasa Inggeris atau Melayu.

Dalam konteks pemasaran, lihatlah bagaimana hubungan diplomasi antara Malaysia dan Jepun semakin meningkat. Jepun kini menunjukkan minat dalam industri halal Malaysia, sementara Malaysia menyediakan tenaga kerja untuk memenuhi keperluan Jepun. Populariti blog-blog Jepun yang membahas Malaysia juga turut menarik perhatian lebih banyak orang Jepun untuk mengunjungi Malaysia.

Selain itu, terdapat beberapa produk buatan Malaysia, seperti air minuman Moma yang mengandungi beberapa bahasa asing, termasuk bahasa Jepun.

Lihat posting di bawah:

Oh, baru admin tahu kenapa papan tanda di KL Sentral ada bahasa Jepun :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via googleapis.com

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment