Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Gara-Gara Kongsi Perbualan 'Junior' Sukarela Gosokkan Baju, Remaja Ini Dilabel Pembuli

Kesian Imran kena marah.

Cover image via Twitter @haziqjamali

Orang kata kawan-kawan zaman sekolah lah yang kita rasa macam kawan dunia akhirat

Lebih-lebih lagi yang belajar di sekolah berasrama. Bukan sahaja di sekolah jumpa, tapi di asrama pun jumpa. Bila sudah selalu jumpa itu, kawan-kawan inilah yang kita berkongsi masalah dan berkongsi makanan. Boleh jadi siap ada yang kongsi katil lagi. Katil single tapi kongsi sampai 3-4 orang, padahal masing-masing ada katil sendiri.

Image via Blog Buasir Otak

Bila belajar di sekolah berasrama ini, kita bukan sahaja akan rapat dengan rakan sekelas kita tapi akan rapat juga dengan kawan-kawan yang duduk satu dorm. Tak semestinya dengan rakan sebaya sahaja, tapi ada juga yang baik dengan senior serta junior mereka.

Baru-baru ini seorang remaja lelaki dilabel pembuli gara-gara berkongsikan perbualannya dengan seorang junior di laman Twitter

Image via Twitter @haziqjamali

Menerusi screenshot perbualan yang dikongsikan oleh Imran, junior-nya itu memaklumkan lokasi rumahnya lalu menanyakan sekiranya Imran ingin menghantar baju kepadanya.

Apabila ditanya balik mengapa dia inginkan bajunya, junior itu seakan secara sukarela ingin menggosokkan baju Imran, tatkala mereka bukan berada di asrama.

Image via Twitter @haziqjamali

Image via Twitter @haziqjamali

Imran yang terkedu tapi tertawa dengan seloroh junior-nya terus berkongsikan perbualan mereka itu di laman Twitter miliknya.

Siapa sangka tweet yang disangkakan harmless itu telah menyerang Imran apabila ramai yang mula menggelarnya pembuli kerana 'menyuruh' seorang junior untuk gosokkan baju

Antara komen dari pengguna-pengguna Twitter yang marahkan Imran:

Image via Twitter @haziqjamali

Meskipun cara mereka mempertahankan mangsa-mangsa buli adalah sesuatu perbuatan yang mulia namun lain ceritanya dengan kes Imran serta junior-nya itu.

Ternyata ramai yang telah salah faham kerana menurut Imran, hubungan dia dengan junior-nya sangat akrab bak adik-beradik. Oleh kerana 'diserang' pengguna-pengguna Twitter, Imran tampil memberi penjelasan sebenar dalam bentuk rangkaian tweet.

Image via Twitter @haziqjamali

Image via Twitter @haziqjamali

Terdapat juga beberapa rakan sekolah yang tampil menjelaskan salah faham ini

Membuli is a No-No, tapi serkap jarang pun salah, ya!

Penulis yang baca conservation itu pun rasa savage betul si junior tu haa!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Cop, ini cara untuk baiki neckline T-shirt yang dah mula regang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment