Lelaki Ini Meninggal Dunia Lepas 6 Minggu Terpaksa ‘Pakai’ Jantung Babi
Banyak komplikasi boleh berlaku.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang lelaki berusia 58 tahun di Amerika Syarikat (AS) yang menerima jantung babi diubah suai meninggal dunia pada Isnin lalu
Pegawai Pusat Perubatan Universiti Maryland berkata, Lawrence Faucette, disahkan meninggal dunia selepas hampir enam minggu menerima organ itu.
Dia merupakan pesakit kedua di pusat perubatan berkenaan yang melalui prosedur pemindahan jantung babi yang diubah suai secara genetik.
Organ yang sudah diuji itu dikatakan lebih serasi dengan penerima manusia dan tidak akan ditolak oleh sistem imun manusia.
Image via Berita Harian
Sebelum itu, pesakit pertama, David Bennett, 57, meninggal dunia pada tahun 2022 selepas dua bulan selepas melakukan prosedur sama.
Dia mengalami pelbagai komplikasi selain virus yang menjangkiti babi dan merebak ke jantung tersebut.
Difahamkan, kedua-dua pesakit berkenaan menghidap penyakit jantung terminal apabila menerima implan organ tersebut.
Kajian dilakukan mendapati Bennett tidak menunjukkan sebarang tanda penolakan akut terhadap jantung baharu itu, manakala Faucette dilaporkan memberi tindak balas berlawanan.
Image via Harian Metro
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment