Lelaki Ini Telah Cuba Makan KFC Dari Lebih 50 Negara, Pilih KFC Malaysia Yang Terbaik
Peminat setia KFC.
Jika kita mencuba untuk makan di restoran makanan segera seperti KFC di luar negara, rasanya pasti akan berbeza kerana ia disesuaikan dengan perisa tempatan
Kita tidak bolehlah menjangkakan rasanya akan sama seperti di Malaysia yang popular dengan rasa yang pedas betul tak?
Tular apabila seorang peminat tegar KFC di UK ini telah berkongsi dia menyukai rasa KFC di Malaysia kerana rasanya telah mencuri tumpuan ramai. Difahamkan, dia telah mencuba makan KFC dari lebih 50 buah.
Lihat senarai negara di bawah ini:
Image via Daily Mail
Pilih KFC di Malaysia kerana ada menu yang menarik
Seorang lelaki dari United Kingdom yang bernama Kamlesh, 37, berkata cintanya terhadap Kentucky Fried Chicken (KFC) bermula sejak dia berusia 12 tahun. Semasa dia kecil, ibu bapanya juga menanamkan rasa cinta untuk melancong dalam dirinya.
“Melancong adalah minat saya yang sebenar dan ia bermula ketika saya masih muda dan ibu bapa saya akan sentiasa membawa kami pergi untuk merasai budaya baharu yang berbeza dengan budaya India British saya," katanya.
Image via Daily Mail
Image via Daily Mail
Apabila ditanya oleh sumber mengenai kedai KFC yang terbaik, dia memilih cawangan KFC di Kuala Lumpur.
“Kuala Lumpur pastinya mempunyai menu yang paling menarik. Saya suka makanan pedas saya dan mereka mempunyai banyak alternatif pedas,” katanya.
Sebelum itu, dia telah pergi ke pelbagai KFC di seluruh dunia untuk bersaing dan memenangi gelaran KFC Super Fan untuk tahun 2020 yang melayakkannya mendapat ayam goreng percuma selama setahun.
Malah, dia berkata bahawa dia sentiasa mencari KFC setiap kali dia bercuti.
Image via Daily Mail
Wow! Dia ini memang betul-betul peminat setia KFC :D
Image via GIPHY
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment