seismik

Mengaku Diri Bukan Lady Gaga Sampai Peminat Tertipu, Reaksi Bodyguard Ini Pula Undang Tawa

Semua kena tipu.

Cover image via @PenelopyJean (Twitter)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sejak kebelakangan ini, ramai artis luar negara datang membuat konsert di Malaysia

Setelah dua tahun pandemik, akhirnya industri hiburan kini kembali meriah. Ramai juga kedatangan artis luar negara yang dijangka bakal mengadakan konsert mereka di Malaysia.

Sudah tentu peminat tidak akan melepaskan peluang, tambahan lagi jika ia adalah artis kegemaran mereka. Sanggup buat apa saja untuk lihat depan mata.

Namun, lain pula dengan video di Twitter ini apabila peminat 'ditipu' oleh seorang individu iras Lady Gaga telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video di bawah:

Muka pengawal terus bertukar lepas tahu dia bukan Lady Gaga sebenar

Menerusi video tersebut, kelihatan individu itu dikerumuni ramai orang selepas mereka mengingatkan dia adalah Lady Gaga.

Namun, apa yang lebih melucukan adalah reaksi muka pengawal sebaik saja individu itu memberitahu dia bukan Lady Gaga beberapa kali. Malah, muka pengawal itu juga seperti terkejut dan terus mahu beredar dari situ.

Individu yang bernama Jean itu digelar sebagai drag queen kerana penampilannya yang tidak ubah seakan-akan Lady Gaga.

Jean, warga Brazil yang telah menyamar sebagai Gaga selama 10 tahun, berkongsi bahawa dia dan rakan-rakannya dengan cepat dikerumuni oleh orang ramai semasa keluar dari tempat konsert, yang mengadakan persembahan habis dijual hampir 65,000 hadirin.

Walaupun memberitahu pengawal keselamatan dan peminat Gaga beberapa kali bahawa dia seorang penyamar, Jean berkata, orang ramai terus mengikutinya keluar dari tempat itu.

"She shouldn’t have said anything and just let them take her backstage" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 804.3K views, 4,292 retweets dan 49.3K likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah komen daripada netizen di Twitter:

Muka bodyguard tu memang tak boleh kawal :P

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: