Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Lelaki Israel Yang Ditangkap Mungkin Nak Buat Serangan Pada Hari Raya - Ketua Polis Negara

Pihak polis berjaya menangkap lelaki warga Israel pada 27 Mac lalu.

Cover image via Sinar Harian Berita Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menolak faktor ancaman yang berkemungkinan dilakukan oleh seorang lelaki warga Israel yang sudah ditahan pada 27 Mac lalu

Menerusi sumber, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, suspek yang dikenali sebagai, Shalom Avitan, 38, memasuki negara ini pada Ramadan.

"Kalau (mungkin) hari raya nak buat kekacauan, kalau tak ditangkap, hari raya dia ‘havoc’, tak ke kacau (susah) kita? Itu yang saya nampak dengan (impak) enam senjata api.

“Dia (suspek) turun pun masa Ramadan, dan Hari Raya Aidilfitri tak berapa lama lagi. Nasib baik cekapnya anggota dan pegawai kita," katanya.

Tambah beliau, walaupun suspek memberikan alasan ingin membunuh ketua keluarga kumpulan penjenayah seteru, namun alasan itu tidak harus diterima secara mudah.

Malah, beliau menegeskan suspek boleh mengancam keselamatan Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, orang-orang kenamaan, diplomat asing, pemimpin-pemimpin Hamas atau rakyat negara ini sendiri.

Gambar pasport Shalom Avitan seperti yang dilaporkan media Israel The Times Of Israel dan enam pucuk pistol bersama 200 peluru hidup yang dirampas.

Image via Berita Harian

Sebelum ini, suspek mendakwa datang ke negara ini untuk mencari seorang individu yang juga rakyat negaranya untuk dibunuh kononnya berkaitan isu keluarga, namun polis tidak mempercayai dakwaan itu.

Susulan daripada itu, sepasang suami isteri diberkas polis di bazar Ramadan dekat Kuala Selangor dipercayai membeli senjata api di Thailand sebelum menjualnya kepada suspek.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment