Lelaki Jadi Jutawan Segera, Menang Tuntutan Wang Simpanan Bapa Bernilai RM5.3 Juta
Difahamkan, bapanya menyimpan wang itu antara tahun 1960 hingga 1970-an untuk membeli rumah.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tuah menyebelahi seorang lelaki Chile apabila menang kes tuntutan wang simpanan bapanya bernilai AS$1.2 juta (RM5.73 juta) sekali gus menjadikannya jutawan instant
Siapa sangka, dulu hidup bersederhana kini hidupnya berubah dengan drastik apabila menjadi jutawan dalam sekelip mata. Benarlah, ketika takdir dan usaha saling bertemu, tuah seseorang pun muncul dalam kehidupan seseorang.
Segalanya bermula apabila Exequiel Hinojosa menyemak semula harta pusaka yang ditinggalkan oleh mendiang ayahnya yang telah meninggal dunia 10 tahun lalu.
Bapanya, dikatakan menyimpan wang itu antara tahun 1960 hingga 1970 an untuk membeli rumah.
Dalam proses tersebut, dia secara kebetulan menemukan sebuah buku tabungan bank yang sudah berusia 60 tahun. Apa yang lebih menarik, tidak seorang pun dalam keluarga mengetahui keberadaan buku tersebut.
Namun, tanpa disangka bank tempat bapanya menyimpan wang itu sudah ditutup lama dahulu
Jika bank tidak dapat melakukan pembayaran, kawalan akan diambil alih oleh kerajaan. Namun, dalam kes ini, kerajaan semasa gagal menyelesaikan isu tersebut, memaksa Hinojosa untuk membawa kes tersebut ke mahkamah untuk menuntut hak keluarganya.
Mahkamah memutuskan tuntutan itu memihak keluarga Hinojosa, namun kerajaan membuat rayuan.
"Wang itu milik bapa kami. Dia menyimpannya dengan hasil kerja kerasnya yang dijamin dengan komitmen kerajaan.
"Jika sistem keadilan, mahkamah agung, mahkamah rayuan memutuskan memihak kepada saya, yang tinggal untuk menyelesaikan masalah ialah membayar apa yang perlu dibayar, tidak lebih dan tidak kurang," kata Hinojosa.
Image via OH! MEDIA
Mahkamah Agung memutuskan kerajaan harus membayar pampasan sebesar AS$1,100,000 (RM5.26 juta) kepada Hinojosa, termasuk faedah dan elaun
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via googleapis.com
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment