Lelaki Kongsi Struggle OKU Berkerusi Roda Melintas Jalan Di Bandar KL Yang Ramai Tak Tahu
Alahai, kesiannya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) merupakan salah satu kelompok yang acap kali tercicir dalam penggunaan kemudahan awam
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki menyeru pihak bertanggungjawab untuk membina kemudahan mengikut spesifikasi khas untuk OKU berkerusi roda.
Menerusi video tersebut, sekumpulan OKU yang berkerusi roda dirakam cuba melintas menggunakan lintasan belang yang ada bersebelahan bangunan berkembar KLCC.
Image via @braderwheelchair (TikTok)
Hadapi masalah kerana laluan pembahagi jalan
Bagaimanapun kelihatan mereka menghadapi masalah kerana laluan pembahagi jalan itu mempunyai step atau permukaan tinggi yang menyukarkan pergerakan.
Oleh kerana reka bentuk kerusi roda berbeza-beza, ada yang memerlukan bantuan orang normal untuk menolak dari belakang bagi melepasi laluan OKU tersebut.
“Assalamualaikum & salam sejahtera, inilah keadaan sebenar untuk kami yang berkerusi roda perlu hadapi bila keluar dari pintu rumah.
“Banyak tempat yang masih kurang kemudahan untuk OKU, di mana ada kemudahan kebanyakannya tidak mengikut spec yang betul.
“Anda rasa betul tak? Kalau betul minta tolong share ramai-ramai biar sampai dekat wakil OKU, menteri dan jabatan yang sepatutnya.
“Jom sama sama kita jadikan Malaysia salah satu negara yang mesra untuk OKU,” ujar lelaki itu.
Lihat video penuh itu di bawah:
Harap kemudahan ini akan dibetulkan nanti supaya mengikut spec yang betul.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment