[VIDEO] Lelaki Kongsi Tempat Baju Melayu Murah, Mampu Milik & Berkualiti Ini Jadi Tumpuan
Jimat dan berbaloi!
Menjelang tibanya raya, ramai yang dilihat sedang membeli persiapan seperti baju dan kuih raya
Difahamkan, baju raya tahun ini kebanyakannya harga memang agak mahal di pasaran. Bukan semua orang mampu untuk membeli baju raya yang mahal tambahan lagi kalau ahli keluarga ramai.
Tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki berkongsi baju Melayu yang murah dan berkualiti telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
RM69.90 dah dapat sepasang baju Melayu untuk raya
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki berkongsi tentang baju raya yang dijual mahal tahun ini. Dia juga menyatakan bahawa ramai rasa mahal sebab nak mencari yang branded.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia berkongsi beberapa kedai yang menjual baju Melayu yang murah dan berkualiti. Antaranya di Lotus's dan AEON. Rata-rata harganya tak mencecah RM100 untuk sepasang baju Melayu lengkap.
Image via @bospami (TikTok)
Image via @bospami (TikTok)
Image via @bospami (TikTok)
Image via @bospami (TikTok)
"Terima kasih bang, boleh convince wife beli AEON je, selamat!"- Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 198K tontonan, 14K tanda suka dan 655 komen di TikTok, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapatnya. Malah, ramai pula yang dilihat ingin membeli baju di pasar raya yang disarankan.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @bospami (TikTok)
Image via @bospami (TikTok)
Image via @bospami (TikTok)
Image via @bospami (TikTok)
Beli yang macam ni pun dah ok, sebab dalam gambar bukan nampak pun brand apa :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment