Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Tindakan Peniaga Bantu Lelaki Merayu Minta Makanan Buat Anaknya Ini Raih Pujian

Kesian tengok lelaki ini.

Cover image via shafiqrazak46 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebanyakan rakyat Malaysia terhimpit dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Peningkatan kos sara hidup telah menjadi penyumbang kepada ketidakcukupan pendapatan isi rumah menyebabkan rakyat terpaksa 'ikat perut' bagi memastikan perbelanjaan secara bulanan mencukupi.

Jika dahulu, rakyat masih lagi boleh berbelanja untuk membeli barang keperluan dan kehendak, tapi kali ini tidak lagi.

Terbaru, tular sebuah video seorang lelaki didatangi oleh seorang individu yang merayu meminta makanan di kedainya meraih perhatian netizen. 

Lihat video perkongsian itu di bawah:

Terpaksa buang 'ego' demi dapatkan makanan untuk anak

Menerusi video yang dimuat naik oleh @shafiqrazak46, lelaki tersebut merupakan bapa kepada 2 orang anak dan tujuannya adalah untuk memberi makanan kepada anaknya yang kelaparan.

Kerana simpati atas keadaannya, Shafiq dan seorang wanita dilihat memberi makanan berkenaan secara percuma kepada lelaki itu.

Katanya lagi, lelaki tersebut juga berjanji dia akan membayar semula makanan itu nanti selepas dia mempunyai duit.

Pemilik Ayam Gepuk Pak Agus itu mengatakan dia sangat respect lelaki itu kerana sanggup membuang ego untuk memberi anak-anaknya makan.

Di akhir video, kelihatan lelaki tersbeut menangis dan mengesat air matanya kerana terharu dengan pemberian makanan itu. 

"Jangan kita judge keadaan dia sebab situasi masing-masing, asalkan tak mencuri dah la," tulisnya.

Image via shafiqrazak46 (TikTok)

Susulan tularnya video tersebut yang kini mencecah sehingga 1.5M views, 81.1K likes dan 4608 comments di TikTok, rata-rata netizen berterima kasih dan mendoakan supaya perniagaan ini semakin maju. 

Berikut di bawah merupakan antara komen netizen di TikTok:

“Bila kita rasa kita susah, ada lagi yang susah daripada kita” - Netizen

Rasa nak nangis juga bila tengok abang tu nangis.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment