Lelaki Naik Angin Dihalau Lepas Berdiri Di Koc Wanita, Beri Alasan Sebab Mahu Teman Anak
Kalau ikut peraturan memang tak boleh.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Menaiki kenderaan awam sememangnya lebih mudah dan menjimatkan masa
Namun, kita harus sentiasa berwaspada dan menjaga keselmatan diri ketika menaiki kenderaan awam, tambahan lagi apabila seorang diri.
Seperti yang kita tahu, kenderaan awam seperti MRT dan LRT kini mempunyai koc khas buat wanita di mana lelaki di larang untuk memasuki kawasan berkenaan.
Tetapi, baru-baru ini tular memaparkan seorang lelaki mengamuk kerana ditegur memasuki koc wanita.
Image via X
Beri alasan mahu temankan anak perempuan yang masih kecil
Menerusi video tersebut, seorang wanita telah menegur seorang lelaki yang telah berdiri sehingga memasuki koc wanita dan memintanya untuk beredar.
Bagaimanapun, lelaki terbabit bertindaj menengking wanita itu kembali serta menyuruhnya untuk memanggil polis bantuan jika dia tidak berpuas hati.
Difahamkan, lelaki berkenaan memberikan alasan mahu menemani anak perempuannya di koc tersebut. Malah, dia memberitahu permintaan wanita itu untuk beredar adalah tidak masuk akal.
Wanita tersebut juga ada memberitahu lelaki itu dan keluarganya sepatutnya berada di ruang keluarga dan bukannya koc wanita.
Selepas kecoh insiden itu, pihak pengurusan datang dan cuba menenangkan lelaki berkenaan dan memberitahunya.
Lihat video itu di bawah:
Kalau ada lelaki memang tak boleh lah, dah nama pun koc wanita :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment