Anda Parking Dengan Zalim - Lelaki Reka Kad Untuk Diberi Pada Orang Yang Tak Reti Parking
Di sebalik kad itu pula tersedia ruang untuk pemilik kereta menandakan kesalahan yang telah dilakukannya.
Siapa pernah ada pengalaman pusing-pusing cari parking, bila dah jumpa tiba-tiba kereta nak masuk tak muat sebab kereta sebelah park macam entah apa-apa!
Rasa stress betul bila kereta sebelah bukan sahaja tidak parkir dengan betul bahkan sudah ambil sebahagian besar daripada parkir anda. Jadi terpaksa pusing-pusing lagi untuk mencari tempat parkir baru.
Image via Carsome
Image via Carsome
Bukan itu sahaja, isu masalah parkir kereta termasuklah 'double park' atau menggunakan parkir orang kurang upaya (OKU) juga boleh buat hati rasa panas. Bila marah orang yang melakukannya, mulalah dia bagi alasan urusan yang dilakukannya itu sekejap sahaja.
Image via Paultan
Memang tidak dapat dinafikan perkara ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah ia turut terjadi di negara-negara maju. Apa yang jelas, tindakan ini adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan menyusahkan orang lain.
Justeru, bagi mengatasi masalah ini, seorang pengguna Twitter telah membuat kad khas untuk 'tegur' dan beri kesedaran kepada pengguna kenderaan yang mendatangkan masalah kepada orang lain
Syafiq Unzir telah tampil kreatif dengan membuat kad khas yang tertera 'Anda parking dengan zalim, menyusahkan orang, tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri'.
Image via Twitter @syafiqunzir
Di sebalik kad itu pula tersedia ruang untuk pemilik kereta menandakan kesalahan yang telah dilakukannya.
Jika dia membuat kesilapan parkir di parkir OKU, dia boleh menandakan kesalahan tersebut begitu juga kesalahan lain seperti parkir senget, 'double park' dan parkir dekat sangat sebelum meletakkan kad ini di cermin kereta.
Image via Twitter @syafiqunzir
Syafiq turut mengambil tempahan membuat kad khas ini buat mereka yang menginginkannya melalui Twitter atau menerusi laman Shopee
Image via Twitter @syafiqunzir
Sesiapa yang berminat boleh memilih untuk mendapatkan 50 keping kad berkenaan dengan harga RM18 atau 100 keping dengan harga RM30.
Walau bagaimanapun dia menasihatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan kad tersebut.
Mendapat inspirasi daripada pengguna Twitter yang menemui kad yang sama pada cermin depannya, Syafiq sebelum ini telah reka kad tersebut menggunakan bahasa kesat
Image via Twitter @Large_Professor
Rekaan asal kad ini sebenarnya menampilkan gambar khinzir di belakang stereng bersama dengan kata-kata 'Anda parking macam bebal'.
Kad ini turut disertakan dengan perkara sama seperti kad yang terkini namun menggunakan bahasa yang jauh lebih kasar.
Image via Twitter @syafiqunzir
Image via Twitter @syafiqunzir
Kad ini bagaimanapun bukan untuk dijual.
Pernah bertembung dengan road bully?
Jangan terus bergaduh, tapi lakukan perkara ini:
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment