Lelaki Ronda Cari Roadblock JPJ Saja Nak Cuba Fungsi ‘Roadtax’ Digital Ini Curi Tumpuan
Sanggup tu.
Zaman kini, semuanya lebih mudah dan cepat kerana banyak sistem yang menggunakan secara online
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga tidak melepaskan peluang untuk memperkenalkan sistem baru mereka iaitu MyJPJ.
Aplikasi MyJPJ hanya satu daripada opsyen bagi mendapat salinan digital untuk cukai jalan dan lesen memandu. Disebabkan itu, ramai yang ingin mencuba aplikasi baru ini sama ada ia berfungsi atau tidak.
Sama seperti seorang lelaki ini apabila dia sehingga sanggup mencari roadblock demi untuk mencuba sistem terbabit telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video itu di bawah:
Merantau cari roadblock semata nak cuba aplikasi baru
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki bersama dengan seorang rakan telah membuat keputusan untuk meronda di beberapa kawasan bagi mencari ‘roadblock‘ semata ingin mencuba keberkesanan aplikasi tersebut.
Dapat dilihat juga dia memaparkan cukai jalan di dalam aplikasi tersebut dan menunjukkan kepada pihak berkuasa.
“Lepas buang roadtax (cukai jalan) di cermin, kita ronda cari roadblock. Nak jadi cerita, jumpa roadblock JPJ. Bukan selalu JPJ nak puji nih,” tulisnya.
Image via @namasayahaziq_ (TikTok)
"Jadi lambat lah lepas ni, tampal lagi senang tengok terus jalan. Ni kena berhenti buka fone, jenuh lah" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai pandangan mereka mengenai sistem tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.1M views, 59.5K likes dan 1,306 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @namasayahaziq_ (TikTok)
Image via @namasayahaziq_ (TikTok)
Image via @namasayahaziq_ (TikTok)
Image via @namasayahaziq_ (TikTok)
Jadi, korang rasa macam mana? Okay ke tidak?
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment