Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Lelaki Tegur Individu Selamba Edar Promosi Judi & Pinjaman Wang Di Bazar Ramadan

Dah lah dekat bazar Ramadan.

Cover image via @ezzuchang (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebagai umat Islam, kita perlu jauhi daripada melakukan perkara yang dilarang dan benda haram

Contohnya seperti berjudi, walaupun nampak ia adalah cara 'cepat' untuk kaya dan mendapatkan duit, namun ia adalah haram dan dikira sebagai salah satu dosa besar dalam Islam.

Ia termasuklah dengan pinjaman wang atau ah long sehingga memudaratkan diri dan ahli keluarga. Ditambah pula dengan ekonomi kini yang semakin meningkat menyebabkan ramai yang tidak mampu.

Baru-baru ini, tular apabila seorang lelaki menegur individu yang dengan selamba mengedarkan risalah mengenai judi dan pinjaman wang.

Image via @ezzuchang (TikTok)

Suruh individu berhenti edar risalah di bazar Ramadan

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki yang dikenali sebagai Ezzu Chang itu berkongsi kejadian yang berlaku di sebuah bazar Ramadan.

Difahamkan, dia adalah salah seorang peniaga di bazar Ramadan itu terkejut selepas mendapat edaran risalah daripada seorang individu yang mempromosikan judi dan pinjaman wang.

Dia kemudian terus berjumpa dengan individu berkenaan dan meminta untuk berhenti mengedarkan edaran itu di kawasan tapak bazar Ramadan.

Selepas menegurnya, individu itu dilihat terus beredar dari kawasan tersebut.

"Ramai orang Melayu kita dalam kesusahan dan keadaan terdesak dengan ekonomi sekarang ini. Tapi macam mana pun saya harap orang Melayu kita tak akan terjebak dengan benda macam ini.

"Jika terjebak maka meranalah hidup. Semoga semua lebih peka dengan keadaan sekeliling kita dan tidak mendiamkan diri dengan benda-benda yang merosakkan bangsa dan agam kita. Amin," tulisnya.

Lihat video itu di bawah:

Dekat bazar Ramadan pun dia boleh edar benda macam tu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment