Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Tular Lelaki Hilang Selepas COD Telefon, Tak Sangka Rupa-Rupanya Ada Plot Twist

Plot twist sangat ni.

Cover image via sinarharian

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kecoh baru-baru ini apabila seorang lelaki dikatakan hilang ketika COD (Cash On Delivery) telefon

Difahamkan, lelaki berkenaan telah pergi ke Pulau Pinang untuk menjalankan urusan penjualan telefon bimbit kepada pelanggan yang tidak dikenali.

Namun, dia dilaporkan hilang dan kini sudah pulang ke rumah dengan selamat.

Untuk pengetahuan semua, perkara ini disahkan sendiri oleh ibu saudara Muhammad Daniel Haikal, 27 tahun melalui akaun Instagram miliknya iaitu @lameraheyra.

Lihat posting di bawah:

Image via @lameraheyra (Instagram)

Mengalami luka yang teruk pada kawasan badan dan muka serta mengalami trauma

Namun begitu, ada juga yang mengatakan lelaki berkenaan bukannya hilang tetapi sebenarnya telah menyembunyikan diri daripada pemungut hutang.

Wanita itu turut mengucapkan terima kasih kepada yang membantu dan mengambil berat tentang anak buahnya walaupun anak saudaranya pulang dalam keadaan luka yang teruk.

Image via @lameraheyra (Instagram)

Image via @lameraheyra (Instagram)

Rupa-rupanya lari daripada pemungut hutang bukannya hilang

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan

Image via Utusan Malaysia

Menurut Harian Metro, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, ia berdasarkan rakaman keterangan yang dilakukan selepas lelaki berusia 27 tahun terbabit tampil membantu siasatan.

Beliau berkata, lelaki itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bagi memberikan keterangan, semalam.

"Pemeriksaan mendapati mangsa dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kejadian berlaku ke atas di
rinya.

"Sebenarnya dia melarikan diri atau menyembunyikan diri daripada pemungut hutang," katanya.

"Dengar cerita. Dia sembunyikan diri dari pemungut hutang, bukan kena culik" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 4,383 likes dan 287 comments di Instagram.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Instagram:

Image via @lameraheyra (Instagram)

Image via @lameraheyra (Instagram)

Image via @lameraheyra (Instagram)

Semoga semua orang boleh jadikan kisah yang berlaku ni sebagai satu iktibar :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment