Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Lepas Gelar 'Crowd' Zionis & Larang Takbir, Dr Musa Tampil Beri Penjelasan

Isu itu timbul semasa perhimpunan aman pada Ahad lepas.

Cover image via Kosmo! Azim Rahman/SCOOP

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Susulan kecaman yang diterima di media sosial, Dr Musa tampil beri penjelasan

Setelah tularnya video ucapan Dr Musa semasa perhimpunan solidariti untuk Palestin semalam, netizen memberikan reaksi mengecam dan marah terhadapnya kenyataannya dalam ucapan berkenaan.

Dalam video yang tular itu, beliau dilihat memberi amaran kepada peserta perhimpunan supaya tidak melaungkan 'Allahuakbar' semasa perhimpunan tersebut.

Dr Musa juga dikatakan telah menggelar segelintir peserta berperangai seperti Zionis apabila mereka dilihat membawa sepanduk yang mengutuk Benjamin Netanyahu yang turut dirampas kemudiannya.

Selepas mendapat kecaman yang kuat daripada netizen, Dr Musa tampil membuat penjelasan di laman profil X miliknya.

Image via @drmusanordin (X)

Dakwa tidak label peserta sebagai Zionis tetapi menjelaskan supaya tidak mengikut wacana kebencian Zionis

Dalam hantarannya itu, Dr Musa mengatakan mereka tidak menghalang peserta untuk melaungkan takbir tetapi emcee pada program itu hanya mengingatkan peserta bahawa perhimpunan berkenaan juga disertai peserta bukan Islam.

Berkaitan menggelar peserta perhimpunan sebagai Zionis, Dr Musa menafikan perkara itu tetapi apa yang cuba dia sampaikan adalah dia cuba menerangkan supaya peserta tidak bersikap menyebarkan kebencian seperti Zionis di samping perlu menjaga adab dan kesopanan semasa berhimpun.

Image via @drmusanordin (X)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment