Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Lewat 3 Minggu, Lelaki Dedah Perbualan Minta Refund Baju Raya Ini Buat Ramai Boleh Relate

Kesian dekat dia sampai sekarang tak dapat baju raya.

Cover image via @Ezad_Amir (Twitter)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hari Raya Aidilfitri kian tiba menjadikan ramai yang tidak sabar untuk menyambutnya

Jadi sudah semestinya ramai yang sibuk membeli dan mencari barang-barang keperluan raya terutama baju melayu dan baju kurung untuk dipakai pada hari raya nanti.

Namun begitu, lain pula yang jadi apabila tular satu ciapan yang menunjukkan seorang individu berkongsi pengalamannya membeli baju raya telah meraih tumpuan ramai.

Lihat ciapan itu di bawah:

Report KPDNHEP untuk dapat full refund baju raya lewat 3 minggu

Menerusi ciapan berkenaan, kelihatan lelaki ini sedang berurusan bersama seller baju raya untuk mendapatkan refund baju rayanya yang sudah lewat tiga minggu.

Namun, proses berkenaan mengambil masa yang lama dan rumit kerana chat nya tidak dilayan dan dibalas.

Katanya lagi, selepas dia membuat report tentang refund tersebut, seller berkenaan terus membalas mesejnya.

Yang paling merumitkan, seller tersebut mengatakan pihaknya hanya memberi refund sebanyak 80% sahaja menyebabkan lelaki ini bertindak melaporkannya kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Dalam ciapan itu dapat dilihat screenshot perbualan antara dia dan seller tersebut di mana dia telah berjaya mendapatkan full refund apabila dia menyatakan yang dia sudah melaporkan isu tersebut kepada pihak KPDNHEP.

Screenshot tersebut juga memaparkan seller berkenaan menghantar mesej berbentuk maklumat lanjut tentang pembelian baju raya itu. 

"Dia punya silap tapi nak makan 20%. Kalau 100 kes mcm ni senang la hidup" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut boleh relate dan ada juga yang berkongsi pengalaman mereka sendiri.

Susulan tularnya ciapan itu, kini ia meraih sehingga 16.4K retweets, 24.5K likes dan 70 comments di Twitter. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Image via @Ezad_Amir (Twitter)

Image via @Ezad_Amir (Twitter)

Image via @Ezad_Amir (Twitter)

Image via @Ezad_Amir (Twitter)

Image via @Ezad_Amir (Twitter)

Image via @Ezad_Amir (Twitter)

Image via @Ezad_Amir (Twitter)

Betul tindakan dia, kalau tidak macam tu je kot kita kena 'pijak' :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment