"Luar Biasa" - Lelaki Kongsi McD Bukit Bintang Siap Bagi Password Untuk Masuk Tandas
Lain daripada yang lain.
Kebiasaannya, jika kita pergi ke restoran makanan segera pasti kita akan dapat lihat password WiFi yang tentera pada resit pembelian bukan?
Iyalah, ia adalah seperti kemudahan buat pelanggan mereka yang makan di situ untuk menggunakannya secara percuma.
Namun, lain pula terjadi dengan lelaki ini apabila dia berkongsi restoran makanan segera popular McDonald's memberikan password untuk masuk ke tandas di dalam resit pembelian telah menarik perhatian ramai.
Lihat ciapan itu di bawah:
Siapkan password masuk tandas khas untuk pelanggan
Menerusi ciapan tersebut, kelihatan seorang lelaki berkongsi resit pembelian makanannya di cawangan restoran berkenaan yang terletak di Bukit Bintang.
Lebih menarik perhatian adalah dia memberitahu restoran tersebut siap meletakkan password khas untuk masuk ke tandas.
"Kedai bagi password wifi tu biasa,
"Mekdi bagi password tandas baru luar biasa," tulisnya.
Dia juga berkongsi tandas itu sememangnya berkunci dan memerlukan password untuk menggunakannya.
Image via @tekong (Twitter)
"McD Bukit Bintang dah lama buat sebab yang masuk tandas bukan pelanggan" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka mengenainya dan ada juga yang mendakwa ia sudah lama ada.
Ketika artikel ini ditulis, ciapan tersebut telah meraih 31.5K views, 42 retweets dan 113 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Tak boleh juga kalau yang datang pun selalu lepak dekat situ dan gunakan kemudahan pelanggan lain.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment