"Macam Mak Cik Bawang" - Para Suami Buat Challenge Pakai Baju Isteri Ini Bikin Tawa Ramai
Haha, cara jalan pun kemain eh.
Hari keluarga merupakan hari yang sesuai untuk mengeratkan hubungan sesama keluarga
Selalunya keluarga besar pasti akan berkumpul waktu hari raya. Tetapi, kita mesti mahukan waktu berkumpul selain hari raya betul tak?
Waktu hari keluarga sajalah waktu yang seronok untuk kumpul beramai-ramai, buat aktiviti bersama dan sebagainya.
Sama seperti sebuah video yang tular di laman sosial TikTok baru-baru ini, apabila seorang wanita berkongsi momen hari keluarganya. Namun, salah satu aktiviti yang dilakukan mereka pula telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Macam mak cik baru lepas balik membawang dengan jiran
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @iedaharun._, kelihatan dia berkongsi momen ketika mereka melakukan aktiviti hari keluarga mereka.
Aktiviti yang dilakukan adalah, para suami diminta untuk memakai pakaian isteri dan perlu memperagakan pakaian tersebut ala-ala fashion show.
Lebih melucukan lagi, cara pakaian mereka itu saling tak tumpah seperti mak cik-mak cik yang baru saja pulang daripada membawang. Malah, dengan saiz perut seperti orang mengandung juga telah mengundang tawa ramai.
Lihat video lain itu di bawah:
"Aku perati je yang second last tu. Kemain besar buka mulut gelakkan orang eh" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 931.6K views, 55.4K likes dan 2,038 comments di TikTok. Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat para suami itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @iedaharun._ (TikTok)
Image via @iedaharun._ (TikTok)
Image via @iedaharun._ (TikTok)
Image via @iedaharun._ (TikTok)
Pak cik tudung merah tu memang betul-betul main peranan ya :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment