seismik

"All My Love Is Kim Pan Gon" - Pemuda Ubah Lirik Lagu BLACKPINK Ini Bikin Dekah Ramai

Lirik dia win!

Cover image via @modya (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasukan yang mempunyai prestasi baik adalah pasukan yang memiliki kepimpinan mantap

Pentingnya untuk memilih seseorang yang boleh memimpin. Sebagai contoh, pasukan bola sepak tanah air kita.

Difahamkan, pasukan bola sepak tahun ini menunjukkan prestasi yang baik walaupun kalah di perlawanan separuh akhir piala AFF 2022. Disebabkan pasukan bola sepak menunjukkan prestasi, jurulatih Kim Pan-gon dipuji ramai.

Malah baru-baru ini, tular sebuah video apabila seorang lelaki siap membuat lagu khas untuk menghargai jasa Kim Pan-gon. Namun, dia mengubah lirik lagu 'Gone' dari Rose BLACKPINK pula telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@modsya Terima kasih Rose Blackpink kerana sudi meminjam lagu untuk saya dedikasikan kepada Kim Pan Gon dan Harimau Malaya. Selepas berakhir kempen Piala AFF 2022, walauntras akan berehat seketika dan kembali berwalaun pada Piala Asia next year. #affcup2022 #harimaumalaya #malaysia #blackpink #kimpangon original sound - modsya

Tukar semua lirik lagu dan letak tajuk "Pertahankan Kepimpinan Kim Pan-gon"

Menerusi video berkenaan, dia dilihat membuat suatu muzik video berkaitan dengan bola sepak Malaysia.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila dia menggunakan lagu dari ahli kumpulan BLACKPINK yang bertajuk 'Gone' dari Rose. Lirik yang digunakan membuatkan ramai terhibur dan ia kena dengan lagu. 

Malah, part terakhir video tersebut dia menukar menjadi "All my love is Kim Pan, Kim Pan, Kim Pan, Kim Pan Gon".

Lihat video lain itu di bawah:

"Siotlah haha. Mentang-mentang hujung lagu ni gone. Bukan main kreatif lagi bang" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 35.9K views, 3,337K likes dan 96 comments di TikTok. Rata-rata netizen turut terhibur melihat kreativiti lelaki itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Haa sudah! Terus auto nyanyi ikut lirik dia :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: