seismik

Makan Atas Motor Masa Tunggu Traffic Light, Situasi Rider Ini Buat Ramai Rasa Sebak

Semoga dipermudahkan urusan.

Cover image via @suellahashim (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bekerja sebagai seorang rider bukanlah suatu tugas yang mudah

Benar kata orang, tiada pekerjaan yang mudah. Ada juga pekerjaan yang berisiko tinggi. Tetapi bagi seorang rider sememangnya pekerjaan ini mempunyai liku-liku dan cabaran yang hanya rider sahaja lebih mengetahuinya.

Mereka ini bukan sekadar mengambil dan menghantar makanan kepada pelanggan semata-mata. Ketiadaan masa untuk diri sendiri, melayan karenah pelanggan juga diharungi oleh mereka. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman sosial TikTok apabila seorang wanita merakam situasi seorang rider yang sedang menjamah makanan di atas motor ketika menunggu lampu isyarat telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Sambil tunggu lampu isyarat, sempat jamah makanan di atas motor

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh @suellahashim, kelihatan dia sedang menunggu di lampu isyarat yang tidak dikenal pasti lokasinya.

Semasa menunggu, dia tidak sengaja melihat seorang rider berhampiran dengannya yang sedang makan di atas motor sambil menunggu lampu isyarat.

Tulisnya di dalam video tersebut, dia memohon maaf terlebih dahulu kerana merakam situasi itu. Tetapi dia berbuat demikian kerana sebak melihatnya dan ingin orang ramai untuk lebih bersyukur dengan nikmat yang dimiliki. 

"Inilah realiti sebagai rider. Selalunya kami akan utamakan orang yang order bagi makan dulu baru kami makan" - Warganet

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 311.8K views, 28.9K likes dan 2,126 comments di TikTok. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet yang pernah bekerja sebagai rider turut berkongsi pengalaman yang sama. Malah, ramai yang turut mendoakan semoga dipermudahkan urusan rider-rider di luar sana.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Allahu sebaknya. Semoga dimurahkan rezeki untuk para rider di luar sana :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: