seismik

Siap Tunjuk Cara Bermain, Gadis Bela Katak Sebagai Haiwan Peliharaan Ini Curi Tumpuan

Macam tu je dia pegang?

Cover image via @maksu.__ (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebiasaannya, haiwan yang sering dijadikan sebagai haiwan peliharaan adalah seperti kucing atau anjing betul tak?

Tetapi, ada juga yang gemar untuk menjadikan haiwan eksotik sebagai haiwan peliharaan. Misalnya seperti, ular, katak, iguana dan sebagainya.

Haiwan ini bagi kita ia menakutkan dan menggelikan. Namun, bagi mereka ia adalah haiwan yang unik dan comel.

Sama seperti sebuah video yang tular di laman sosial baru-baru ini, apabila seorang gadis berkongsi kisah tentang haiwan peliharaannya iaitu seekor katak telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Setiap kali buat rutin skincare, mesti main sekali dengan katak dalam bilik air

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @maksu.__, kelihatan dia berkongsi cerita mengenai haiwan kesukaannya itu.

Apa yang menjadikan dia suka dengan haiwannya itu kerana dia mengatakan katak berkenaan berkelakuan comel dan seolah-olah memahami perasannya. Malah, dia sering kali bermain dengan kataknya itu di dalam bilik air.

Lihat video lain itu di bawah:

"Serius lah akak bela katak? Dulu time sekolah bila katak masuk dalam kasut, terus ponteng sekolah sebab tak nak pakai kasut bekas katak masuk" - Netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa geli apabila melihat gadis itu dengan selamba memegang katak tersebut. Mereka juga memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Ketika menulis artikel ini, video tersebut telah meraih sebanyak 922.2K views, 66.5K likes dan 2,520 comments di TikTok.

Berikut merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Ermm, akak cakap comel? Comel ni min tak boleh terima sebab min geli :')

Image via Tenor

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: