seismik

"Keluarga Rice Cooker" - Cucu Kongsi Koleksi Periuk Nasi Milik Nenek Ini Curi Tumpuan

Macam-macam saiz ada.

Cover image via @yayalongjack (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mak-mak sangat sinonim dengan aktiviti mengumpul perkakas memasak betul tak?

Tak kisahlah mak yang bekerjaya mahupun suri rumah. Pasti akan ada sahaja perkakas memasak yang dia suka kumpul. 

Kadang-kadang, barang tu dah ada banyak di rumah tapi baginya mesti kena beli juga untuk simpanan. Katanya, semua perkakas itu akan digunakan suatu hari nanti.

Sama seperti sebuah video yang tular di laman sosial TikTok baru-baru ini, apabila seorang wanita berkongsi koleksi periuk nasi milik neneknya itu telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@yayalongjack pengumpul periuk hadir sini suri rumah tau la hobi gini kan #fyp #trending #surirumah Hei Apa Apa x Tik Tak Tik Tik - Donny Fernanda

Periuk nasi dari saiz kecil sehinggalah saiz besar pun ada

Menerusi video berkenaan, wanita itu berkongsi kesemua koleksi periuk nasi milik neneknya.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah koleksi periuk nasi itu lengkap dari segi pelbagai saiz. Lebih melucukan lagi, cara dia menunjukkan koleksi milik neneknya itu seperti keluarga periuk nasi. Ada emak, ayah dan juga anak-anak periuk.

"Ini bapa periuk, ini mak dia, ini anak sulung, ini anak no 2, anak no 3, no 4, acer paling comel eleh haa comel tu anak bongsu," katanya.

"Macam mak saya. Macam-macam saiz ada. Nak masak sikit guna periuk kecil. Nak masak banyak guna periuk besar. Nak buat kenduri guna periuk yang double besar" - Netizen

Ketika menulis artikel ini, video tersebut telah meraih sebanyak 169.1K views, 10.5K likes dan 597 comments di TikTok. Rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Berikut merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via googleapis.com
Image via googleapis.com
Image via googleapis.com
Image via googleapis.com

Ingatkan koleksi pinggan mangkuk je ada, rupanya koleksi periuk nasi pun ada :D

Image via Tenor

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: