Jatuhkan iPad Sampai Retak, Gadis Ini Kongsi Adik Korek Duit Tabung & Bagi Roti Tanda Maaf
Comelnya dia minta maaf.
Bergaduh dengan adik-beradik, itu sudah menjadi lumrah ketika berada di rumah
Sudah menjadi perkara biasa bila berlakunya pergaduhan di rumah. Kadangkala ada yang bergaduh disebabkan perkara kecil saja. Tetapi, nampak seperti gaduh tentang perkara yang besar.
Sama seperti sebuah video yang tular di laman sosial TikTok baru-baru ini, apabila seorang gadis berkongsi kisah ketika menerima surat dari adiknya kerana pecahkan skrin iPad itu telah meraih perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Retakkan screen iPad, bagi roti, duit dan surat tanda minta maaf
Menerusi video berkenaan, kelihatan dia menunjukkan surat yang diberikan oleh adiknya kerana tidak sengaja merosakkan screen iPad miliknya.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila adiknya itu bukan sahaja memberikan surat tetapi package sekali duit tabung dan roti.
Melihat kepada situasi itu, rata-rata netizen memuji sikap tanggungjawab adiknya itu yang berani mengaku kesalahan dan tampil meminta maaf kepadanya.
"Ini confirm along merajuk ni siap bagi surat dan duit" - Netizen
Ketika menulis artikel ini, video tersebut telah meraih sebanyak 343.9K views, 22.7K likes dan 97 comments di TikTok.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dan turut memuji sikap adiknya yang bertanggungjawab itu.
Berikut merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!