seismik

"Siap Flying Kiss" - Pisah Sebab Arah Lain, Telatah Pelajar Balik Sekolah Ini Curi Tumpuan

Haha, comelnya!

Cover image via @sosiskenzler0 (TIkTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bila kenang semula zaman kanak-kanak dulu, semua orang mesti akan ada crush di sekolah bukan?

Orang kata cinta zaman sekolah adalah cinta monyet. Iyalah, bila crush dah confess terus akan bercinta. Bila dah bercinta di sekolah mesti semua perkara akan buat bersama-sama.

Pergi rehat bersama-sama. Balik sekolah pun ada juga yang balik sama-sama. Zaman cinta monyet dahulu semuanya jadi indah belaka.

Sama seperti sebuah video yang tular di laman sosial TikTok baru-baru ini, apabila seorang wanita merakam momen ketika dua orang kanak-kanak pulang dari sekolah telah meraih perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Berpisah sebab rumah arah berlainan. Sempat pula bagi flying kiss

Menerusi video berkenaan, kelihatan dia merakam situasi ketika dia melihat dua orang kanak-kanak yang baru sahaja pulang dari sekolah bersama-sama.

Apa yang mencuit hati orang ramai adalah apabila mereka dilihat terpaksa berpisah kerana arah rumah yang berlainan.

Lebih menghiburkan lagi, kanak-kanak perempuan dilihat sempat memberi flying kiss dan membuatkan rata-rata netizen tak keruan melihatnya.

"Weh aku yang blushing. Comel sangat ni dik" - Netizen

Ketika menulis artikel ini, video tersebut telah meraih sebanyak 10.5M views, 1.5M likes dan 33.5K comments di TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat kanak-kanak itu dan memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Berikut merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Apa ni! Tak hormat orang single :')

Image via Tenor

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: