seismik

[VIDEO] Selamba Cat Pintu Guna Berus Makeup, Isteri Geram Tengok Gelagat Si Suami & Anak

Berus mahal pula tu.

Cover image via @_puansabrina89 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Semua wanita sukakan makeup dan kecantikan, betul tak?

Wanita mana yang tidak suka dengan makeup. Paling sikit pun mesti akan tambah bedak dan lip balm untuk naikkan seri wajah. 

Ada juga wanita yang sanggup berhabis duit dengan membeli barang makeup yang mahal untuk kepuasan diri. Kalau memang dah minat tak kisahlah berapa harganya, pasti akan dapat juga barang makeup itu betul tak?

Lain pula dengan sebuah video yang tular di laman sosial TikTok baru-baru ini, apabila seorang wanita berkongsi berus makeup mahal miliknya diguna untuk mengecat pintu rumah telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@_puansabrina89 stresss aku weiiii‍‍Ya Tuhan... anak & Suami Cat Pintu Pakai Set Berus Makeup Mua Bellaz Akuuuuuuu‍#mamasabrina_empire #muabellazz #makeupbrush #suamidananakku Funny Song - Cavendish Music

Selamba cat pintu guna berus make up Mua Bellaz

Menerusi video yang dimuat naik oleh @_puansabrina89, kelihatan dia menunjukkan gelagat suami dan anaknya sedang seronok mengecat pintu rumah mereka.

Tetapi apa yang membuatkan dia menahan geram adalah, mereka dengan selamba menggunakan berus makeup mahal miliknya. 

Difahamkan, set berus itu berharga RM150 dan dia simpan berus itu kerana sayang untuk gunakannya. Tetapi kini, berus itu bertukar jadi berus cat pintu.

Lihat video lain itu di bawah:

"Weh, haha. Lagi smooth lah hasil cat pintu tu. Terus flawless" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 473K views, 25.6K likes dan 1,150 comments di TikTok. Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat anak-beranak itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Suami akak masa cat ada tak buat suara "blend, blend, blend" :P

Image via Tenor

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: