seismik

[VIDEO] Terkejut Keluar Tandas Ramai Lelaki, Perkongsian Wanita Ini Undang Dekah Netizen

Ambil berapa lama tu nak keluar dari tandas?

Cover image via @nynabukater (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pernah tak anda mengalami momen sangat memalukan sehingga tidak boleh lupa insiden yang terjadi itu?

Misalnya sebagai contoh terjatuh di khalayak orang ramai. Mesti perasaan malu yang muncul dulu, barulah rasa sakit itu ada.

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman sosial TikTok apabila seorang wanita berkongsi kisah ketika dia tersalah masuk tandas lelaki itu telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Hampir setengah jam duduk dalam tandas lelaki

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh @nynabukater, dia dilihat berada di dalam tandas dan sedang menunggu untuk keluar.

Apa yang menghiburkan orang ramai adalah lelaki yang menggunakan tandas tersebut siap menyanyi. Malah, ada juga mengetuk pintu bilik air dan menyuruhnya supaya cepat.

Difahamkan juga, dia telah berkurung di dalam tandas itu selama setengah jam. 

Lihat video lain itu di bawah:

"Haha kita pun pernah kak! Termenung dalam jamban tu tunggu semua tak ada baru boleh keluar" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 517.9K views, 57.1K likes dan 588 comments di TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi wanita itu. Malah, netizen turut berkongsi pengalaman yang sama dan memahami perasaan malu yang dihadapinya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Nasib baik setengah jam je. Kalau tak menung lama duduk situ :P

Image via Gfycat

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: