Macam Nat Geo Wild Versi Melayu, Netizen Lega Akhirnya Dah Tahu Pemilik Suara 'Gorgon'
Boleh jadi suara latar cerita kartun abang ni.
Sebut saja tentang ‘Gorgon’, mesti ramai yang tahu mengenainya lebih-lebih lagi pengguna di TikTok bukan?
Sudah banyak sound yang tular di TikTok menggunakan nama Gorgon ini. Walaupun ramai yang masih tidak tahu apa sebenarnya maksud Gorgon, mereka menganggap ia menggambarkan seekor haiwan yang besar dan berbeza daripada lain.
Tular pula baru-baru ini sebuah video memaparkan seorang lelaki memegang seekor anak buaya dan dikatakan pemilik suara asal Gorgon telah mencuri perhatian ramai di TikTok.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tangkap anak buaya, tapi suara pula jadi perhatian netizen
Menerusi perkongsian video daripada @saipu_baharin, kelihatan lelaki itu menunjukkan seekor anak buaya yang digelar Gorgon berjaya ditangkap oleh nelayan tempatan.
Apa yang menjadi tumpuan ramai adalah apabila lelaki itu dikatakan persis seperti pemilik suara asal sound Gorgon di TikTok.
Tidak dinafikan, bahawa suara tersebut serupa dengan Gorgon. Malah, dia menggunakan nada yang sama sepanjang video itu dirakam.
Image via @saipu_baharin (TikTok)
Image via @saipu_baharin (TikTok)
"Alhamdulillah dah boleh tidur malam. Lama mencari pemilik suara Gorgon" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 261.1K tontonan, 26.4K tanda suka serta 4.6K perkongsian di laman TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing mengenainya.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @saipu_baharin (TikTok)
Image via @saipu_baharin (TikTok)
Image via @saipu_baharin (TikTok)
Selama ni tercari-cari juga siapa pemilik asal suara Gorgon ni. Memang sama macam sound yang viral dekat TikTok tu! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment