"Macam Tak Ada Mood Je Dik" - Reaksi Muka Bayi Baru Lahir Ini Buat Ramai Geli Hati
Fikir masalah dunia ke dik?
Kebiasaannya, bayi yang baru lahir akan kerap menangis kerana tidak biasa dengan suasana dan keadaan di luar
Iyalah, sudah sembilan bulan duduk selesa di dalam perut ibu yang gelap, tiba-tiba keluar saja terus nampak cahaya terang dulu. Memang terkejut lah si kecil itu.
Namun, berbeza pula dengan sebuah video ini apabila seorang bayi membuat reaksi muka kusut selepas dilahirkan telah mencuit hati ramai.
Lihat video itu di bawah:
Muka macam tak ada mood, ramai pula kata kecil-kecil dah fikir masalah dunia
Menerusi video yang dimuat naik oleh @shelynannuar, kelihatan bayi itu baring sambil termenung seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.
Apa yang mencuit hati ramai adalah apabila riak mukanya yang serius seperti tidak gembira berada di dunia membuatkan netizen memberikan pelbagai pandang serta dialog di dalam hatinya.
Walaupun ibunya mencuit pipinya berkali-kali, dia tetap membuat muka yang sama. Dia tidak menangis atau tersengih pun.
Image via @shelynannuar (TikTok)
Image via @shelynannuar (TikTok)
"Dia fikir harga susu, pampers semua mahal. Jangan risau dik, mama papa juga yang beli" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 334.6K tontonan, 32.6K tanda suka serta 3.4K perkongsian di laman TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi bayi itu dan sempat berseloroh tentang apa yang difikir olehnya.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @shelynannuar (TikTok)
Image via @shelynannuar (TikTok)
Image via @shelynannuar (TikTok)
Geram tengok baik sangat budak ni, menangis pun tidak. Comel! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment