"Made In Malaysia" - Tulisan Panel Pintu Di Pesawat Alaska Yang Tercabut Cetus Tanda Tanya
Seorang lelaki menjumpai panel pintu pesawat Alaska Airlines Boeing 737 MAX 9 pada 5 Januari lalu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Penemuan panel pintu Boeing 737 Max 9 yang tertera tulisan tangan 'Made In Malaysia' (Buatan Malaysia), sekali lagi menjadikan Malaysia tumpuan dalam siasatan insiden penerbangan
Menurut sumber, seorang guru sekolah yang bernama Bob Sauer, telah menjumpai panel pintu tercabut dari pesawat Alaska Airlines Boeing 737 MAX 9 pada 5 Januari lalu.
Difahamkan, pintu pesawat berkenaan dipercayai telah tercabut pada altitud 16,000 kaki (4,877 meter) sebelum terjatuh di laman belakang rumah lelaki tersebut di pinggir bandar Oregon.
Sebelum ini, Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara (NTSB) mengenal pasti kawasan itu sebagai salah satu tempat ia mungkin terjatuh.
Image via OPB
OPB melaporkan, pihak Boeing tidak dapat mengulas perkara itu memandangkan ia masih dalam siasatan NTSB.
New Straits Times sebelum ini sudah menghubungi Kementerian Pengangkutan dan NTSB untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu.
Dalam pada itu, syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines, kini mengendalikan tiga pesawat Boeing 737 MAX 8 dan menjangkakan ketibaan enam pesawat lagi tahun ini. Ia adalah varian daripada pesawat Boeing 737 MAX.
Penerbangan Alaska Airlines yang membawa 177 orang termasuk anak kapal telah melakukan pendaratan cemas di Oregon, Amerika Syarikat (AS) pada 5 Januari lalu.
Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Portland kira-kira jam 5 petang waktu tempatan sebelum mendarat semula dengan selamat selepas kru melaporkan isu tekanan.
Image via OPB
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment