Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Mahkota Orang Melayu" - Rumah Berbumbungkan Replika Tanjak Ini Raih Perhatian Ramai

Rumah berwarna kuning itu juga dikenali sebagai Astana Tanjak.

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tular sebelum ini mengenai sebuah rumah di Taman Surian, Mantin, Negeri Sembilan di mana pemiliknya membina sebuah rumah ala 'kuil' kerana dipercayai pengubahsuaiannya tiada kelulusan

Walau bagaimanapun, lain pula ceritanya di Labu Kubong, Chenderong Balai dekat Pasir Salak, Perak apabila menjadikan replika sebuah tanjak sebagai penghias di bahagian bumbung rumahnya.

Menerusi laporan Utusan Malaysia, kerana sayang dan bangga dengan kekayaan budaya sendiri menyebabkan pemiliknya, Zaidatul Mardiah Yussuf, 44, mengabadikan kemegahan budaya Melayu berkenaan.

Dikenali juga sebagai Astana Tanjak, rumah berwarna kuning yang terdapat replika tanjak di bahagian atasnya menjadi perhatian pengguna jalan raya yang melalui Jalan Tapah ke Teluk Intan.

Image via Utusan Malaysia/Ain Safree Bidin

Tanjak dianggap sebagai mahkota orang Melayu, justeru sewajarnya ia diletakkan di tempat yang tinggi

“Tanjak yang saya bina di atas bumbung rumah ini melam­bangkan kecintaan terhadap budaya Melayu. Tanjak merupakan pakaian yang dipakai untuk majlis-majlis orang Melayu, maka wajarlah ia diletakkan di tempat paling tinggi.

“Kenapa letak tanjak di atas bumbung? Ini kerana kedudukan tanjak yang letaknya di atas kepala dan sebagai lambang bangsa Melayu.

“Tanjak dianggap sebagai mahkota orang Melayu, justeru meletakkan mahkota di tempat yang tinggi sekali gus melambangkan martabat dan ketinggian darjat. Tidak mungkin dile­takkan lebih rendah daripada telapak kaki,” katanya juga membina rumah itu sebagai rumah rehat.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro/Ghazali Kori

Jelas Zaidatul Mardiah lagi, beliau membina rumah yang dilengkapi tanjak sebagai inspirasi daripada seseorang yang amat disayanginya.

“Ini adalah tanda kasih sa­yang saya terhadap seseorang yang telah pergi selamanya.

“Sebelum meninggal dunia, arwah pesan agar bina rumah diletakkan tanjak di atasnya kerana sayang dan bangga de­ngan budaya Melayu,” kongsinya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment