Main 'Tic Tac Toe' Guna AirDrop Dalam Pesawat, Tak Sangka Penumpang Pula Sporting Layan
Best weh!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pasti ramai di sini yang pernah atau suka menaiki pesawat bukan?
Tambahan lagi, kalau nak ke luar negara sudah tentulah kena naik pesawat kan? Sebaik saja kita memasuki pesawat, pramugari atau pramugara akan memberikan taklimat keselamatan kepada penumpang.
Iyalah, dalam pesawat ini kita bukan boleh buat sesuka hati. Perlu ikut arahan. Pesawat sekarang pula makin canggih dan tidak membosankan. Macam-macam aktiviti boleh buat.
Namun, lain pula dengan video di TikTok ini apabila sekumpulan gadis bermain tic tac toe menggunakan airdrop dalam sebuah pesawat telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Saja hantar airdrop nak main dengan penumpang lain
Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan gadis sedang berada di sebuah pesawat untuk menuju ke sebuah destinasi.
Mereka kemudian mengambil idea untuk bermain tic tac toe bersama dengan penumpang yang lain. Caranya adalah mereka menghantarnya menerusi airdrop dan lihat siapa yang akan menerima dan membalasnya.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah dia tidak sangka ada penumpang yang sporting melayan dan bermain bersamanya.
Image via @swissper (TikTok)
Image via @swissper (TikTok)
"Had a blast, until next game!" - Warganet
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati ada warganet yang berkongsi keseronokan tersebut bermain bersamanya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 6M views, 405.9K likes dan 2,075 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di TikTok:
Image via @swissper (TikTok)
Image via @swissper (TikTok)
Image via @swissper (TikTok)
Image via @swissper (TikTok)
Image via @swissper (TikTok)
Image via @swissper (TikTok)
Seronok juga kan main dengan strangers macam ni :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment