"Dahlah Sabahan" - Pekerja Ini Kecewa, Pelanggan Diskriminasi Sebab Asal Dari Negeri Lain
Apalah salah dia.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Malaysia adalah negara yang terkenal dengan kepelbagaian budaya dan kaum
Ia menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik kerana tidak semua negara memilikinya. Bahkan, kita perlu bersyukur kerana negara kita masih berada dalam keadaan aman dan damai sehingga hari ini.
Namun, baru-baru ini tular sebuah posting di Twitter memaparkan seorang lelaki Sabah meluahkan rasa kecewanya sebaik saja pindah ke semenanjung Malaysia telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat posting itu di bawah:
Pelanggan kutuk fizikal dan cara percakapan
Menerusi posting tersebut, lelaki itu berkongsi screenshot yang diterimanya melalui direct message di Instagram.
Difahamkan, dia yang berasal dari Sabah mengambil peluang untuk berpindah dan bekerja di sebuah kedai makan di Ipoh, Perak.
Namun, dia tidak menyangka menerima satu mesej dari seorang pelanggan yang mengkritik cara percakapan dan juga tatu di tangannya.
Lihat posting lain itu di bawah:
"Jahatnya mulut alahai orang datang cari rezeki je" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai kata-kata semangat buat pemuda itu.
Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 613 retweets, 332 quotes tweets dan 1,699 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!