"Majuk Ah" - Budak Perempuan Minta Makanan Tapi Tak Dilayan, Reaksinya Pula Menghiburkan
"First time perempuan merajuk, dia bagitahu" - Netizen.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tidak dinafikan, kanak-kanak yang petah berkata-kata sememangnya membuatkan kita merasa terhibur
Gelagat spontan mereka kadangkala boleh menghilangkan rasa penat setelah seharian ibu bapa bekerja.
Tambahan pula jika mereka meniru gaya ibu atau bapa. Iyalah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi bukan?
Seperti video yang viral di TikTok baru-baru ini yang memaparkan gelagat seorang budak perempuan yang merajuk kerana tidak diberi makan telah mencuit hati ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Minta makanan dekat abang, sekali tak dilayan terus merajuk
Menerusi video yang dimuat naik oleh @armanmohamad649, kelihatan si kecil itu sedang berada di ruang tamu bersama abangnya yang sedang makan.
Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila dia cuba meminta pinggan abangnya itu, kemudian si abang tidak mahu memberikan kepadanya.
Perkara tersebut membuatkan dia terus menarik muka dan berkata "majuk ah!" berulang kali dengan harapan seseorang akan memujuknya. Malah, dia siap menutup muka dengan bantal.
Image via @armanmohamad649 (TikTok)
Image via @armanmohamad649 (TikTok)
"Comelnya, betul tu kena bagitahu banyak kali yang kita ni majuk. Kalau tak, lelaki ni buat tak tau je. Haha mewarisi mak dia ni" - Netizen
Ternyata, video berkenaan berjaya membuatkan ramai terhibur sehingga mencecah 4.2M views, 352.5K likes dan 8.5K shares di laman TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @armanmohamad649 (TikTok)
Image via @armanmohamad649 (TikTok)
Image via @armanmohamad649 (TikTok)
Image via @armanmohamad649 (TikTok)
Image via @armanmohamad649 (TikTok)
Image via @armanmohamad649 (TikTok)
Image via @armanmohamad649 (TikTok)
Image via @armanmohamad649 (TikTok)
Kalau abang dia tak nak pujuk tu mahu sampai ke esok dia tekup muka dengan bantal :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment