Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Alasan Nak Pergi Beraya" - Mak Ayah Ini Selamba Tinggal Anak Dalam Kereta & Matikan Enjin

Siapalah yang tergamak buat macam ni ya.

Cover image via Nana Nandos (Facebook)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Tidak dinafikan, jemputan ke rumah terbuka semasa musim perayaan ini memang banyak

Iyalah, raya kan sebulan, sudah pasti ramai yang ingin menyambut dengan kawan-kawan dan keluarga jauh. Oleh sebab itu, tuan rumah menyediakan pelbagai jamuan dan hidangan untuk menyambut kedatangan tetamu jauh.

Namun, sebuah insiden telah berlaku baru-baru ini yang memaparkan dua orang anak ditinggalkan dalam kereta telah mencuri tumpuan.

Lihat posting penuh itu di bawah:

Image via Nana Nandos (Facebook)

Mak ayah pergi beraya, selamba tinggal anak dalam kereta

Menerusi posting berkenaan, kelihatan gambar dua orang kanak-kanak ditinggal di dalam kereta Perodua Aruz.

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila enjin kereta itu dimatikan dan tingkap hanya dibuka sedikit walaupun dalamnya ada dua orang budak kembar. Apabila ditanya, mak ayah mereka tinggalkan sebab nak pergi beraya.

"Anak-anak ditinggalkan di dalam kereta berkunci untuk beraya ke rumah terbuka. Enjin kereta dimatikan hanya tingkap di buka sedikit. Terdengar tangisan budak dari dalam kereta, anak kembar dalam keadaan takut dan menangis. Sempat berikan air kotak untuk tenangkan mereka dan tunggu lebih kurang 30min untuk parents kembali", tulis saksi. 

Mujur, ada seorang saksi yang baik hati untuk memberikan air kotak kepada kedua-dua orang budak itu. 

Image via Nana Nandos (Facebook)

"Ya Allah tak tahu ke sekarang panas dia lain macam. Otak tak bawak ke masa keluar rumah, harap polis ambik tindakan" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 5K tanda suka, 6K komen dan 12K kongsian di Facebook, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Facebook:

Image via Nana Nandos (Facebook)

Image via Nana Nandos (Facebook)

Image via Nana Nandos (Facebook)

Image via Nana Nandos (Facebook)

Image via Nana Nandos (Facebook)

Kesian anak dia kepanasan dalam kereta, bahaya!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment