Dikecam Ramai Buat Konten Jelik Dalam Kapal TLDM, Gadis Ini Tampil Mohon Maaf
Macam mana dia boleh buat konten dekat dalam kapal tu?
Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) merupakan salah satu aset negara yang penting
Difahamkan, hanya ahli TLDM saja boleh masuk ke dalam kapal itu. Namun, baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan seorang gadis membuat content di dalam kapal itu telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Selamba buat content dekat control room
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang membuat content di sebelah kapal TLDM.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila gadis itu selamba membuat content di dalam kapal, siap memegang barang dalam control room.
Perkara itu membuatkan ramai bengang kerana kapal TLDM merupakan aset negara yang tidak boleh dipermainkan. Gadis itu dilihat meminta maaf selepas menerima kecaman ramai.
"Dari awal dia ni lalu fyp, sikit pun aku tak gelak dengan lawak bodoh dia. Terus tekan not interested sebab memang tak kelakar langsung" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 273.2K views, 295 retweets dan 700 likes di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!