Tular Unsur Mistik 'Tok Wan Berbulu', Sebenarnya Budak 6 Tahun Tahu Cara Pandu Kereta
Rupa-rupanya tiada kaitan dengan unsur mistik.
Tular audio WhatsApp berkenaan insiden budak enam tahun pandu kereta yang dikaitkan dengan unsur mistik
Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita budak enam tahun memandu kereta dengan adiknya untuk membeli mainan.
Namun, kejadian itu dikaitkan pula dengan unsur mistik apabila sebuah rakaman audio tersebar. Dalam rakaman tersebut, budak itu mendakwa ada Tok Wan berbulu yang memandu kereta bersamanya.
Lihat video penuh itu di bawah:
Ramai tak percaya dia pandai bawa kereta sendiri
Apabila tersebarnya audio itu, ramai yang percaya dan mengaitkan dengan unsur mistik kerana tidak mungkin budak enam tahun pandai reverse kereta dan pandu jalan yang sempit.
Namun, perkara ini juga disangkal kerana budak itu menunjukkan kemampuan mempelajari asas pemanduan kereta dan mengaplikasikan pada malam kejadian.
Menurut sumber, Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, berkata berdasarkan keterangan kanak-kanak itu, dia didapati tahu cara memandu kereta dan turut mengetahui fungsi dan kedudukan gear.
"Pemeriksaan rakaman kamera papan pemuka atau dashcam mendapati pemanduan tidak stabil, kadang-kala memasuki lorong bertentangan dan ada ketika ke kiri dan ke kanan," katanya.
Tambahan lagi, budak itu juga mampu menunjukkan cara menghidupkan enjin dengan betul apabila diminta oleh pegawai penyiasat. Oleh sebab itu, pihak polis menolak sebarang unsur mistik dalam kes kemalangan ini.
"Aku jam fikir, dia nak pijak minyak, nak tengok depan, sampai ke? Jarak 2.5km tu kira jauh lah" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1M tontonan, 57K tanda suka dan 3K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!