Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Malam Berinai Ke Ni?" - Geng Lelaki Buat Reunion Sepakat Pakai Baju Kelawar Curi Tumpuan

Baru diaorang tahu nikmat pakai baju kelawar tu macam mana kan. Haha.

Cover image via @buttoskii (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selepas tamat pengajian, sudah tentu kita jarang berhubung dengan kawan-kawan kerana semua sudah ada kerjaya dan haluan masing-masing

Disebabkan itulah, kita perlu mengadakan sesi reunion untuk bertanya khabar dan kembali mengeratkan hubungan yang sudah lama terputus. 

Kebiasaannya, setiap reunion pasti akan ada tema untuk dipakai bersama kawan-kawan. Bukan untuk apa pun sebenarnya, hanya mahu menjadikan itu kenangan manis.

Namun, tular pula sebuah video baru-baru ini apabila sekumpulan lelaki memakai baju kelawar dan melompat beramai-ramai telah mencuri tumpuan.

Lihat video itu di bawah:

Semua sepakat pakai baju kelawar, sakan melompat dalam bilik hotel

Menerusi perkongsian video daripada @buttoskii, kelihatan separuh daripada geng lelaki itu berjalan ramai-ramai ke sebuah bilik hotel yang mereka duduk.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila sebaik saja si perakam membuka pintu bilik hotel tersebut, kelihatan ramai lagi lelaki yang sudah menunggu kawan-kawan mereka di dalam.

Lebih menjadi perhatian ramai adalah mereka semua dilihat memakai baju kelawar yang berwarna-warni sambil melompat dan menyanyi sama-sama.

Image via @buttoskii (TikTok)

"Comel je anak dara semua ni. Malam kelawar function!" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 228.4K views, 48.3K likes dan 8K shares di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat mereka semua.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @buttoskii (TikTok)

Image via @buttoskii (TikTok)

Image via @buttoskii (TikTok)

Image via @buttoskii (TikTok)

Seronok betul masing-masing dapat pakai baju kelawar ya. Beli sendiri ke 'cilok' mak punya tu? :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment