Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Malang Tak Berbau, Kanak-Kanak Perempuan Disambar Buaya Ketika Mandi Dengan Keluarga

Difahamkan, mangsa masih belum dapat dikesan.

Cover image via Harian Metro

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang kanak-kanak perempuan dipercayai disambar buaya di jeti di Kampung Seberang Pasar Lama, Tatau, di Bintulu, Sarawak baru-baru ini

Menurut laporan Harian Metro, mangsa, Cicilia Julan Intik, 6, disambar haiwan itu ketika dia mandi bersama ahli keluarganya di jeti berkenaan.

Difahamkan, kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.30 petang itu disaksikan oleh datuk mangsa yang turut mandi bersamanya.

Image via Harian Metro

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.21 petang

"Sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau diarah ke lokasi yang terletak kira-kira lima kilometer dari balai sejurus menerima panggilan itu.

"Setibanya di lokasi pada jam 7.30 malam, komander operasi melaporkan, kejadian itu benar-benar berlaku kerana berlaku di hadapan mata datuknya.

"Pencarian dilakukan di sekitar jeti dan tebing sungai itu bersama anggota polis selain ahli keluarga mangsa, bagaimanapun mangsa gagal dikesan," katanya.

Image via Harian Metro

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment