Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Malaysia Ditawar Menjadi Tuan Rumah Sukan Komanwel 2026 Beserta Dana Sebanyak RM602 Juta

Difahamkan, kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel pada tahun 1998.

Cover image via BULETINTV3

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selepas Victoria menarik diri sebagai penganjur Sukan Komanwel 2026, Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) membuat tawaran kepada Malaysia sebagai pengganti dan turut diberi suntikan dana sebanyak 100 juta pound (RM602 juta) bagi melaksanakannya

Menerusi laporan Buletin TV3, kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel adalah pada 1998 dan perkembangan terbaharu ini membuka ruang buat Malaysia untuk tampil lagi selaku tuan rumah.

Susulan daripada pelawaan rasmi CGF kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Persatuan Sukan Komanwel (CGA) Malaysia bulan lalu, MOM sudah memulakan perbincangan bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk mempertimbangkan tawaran berkenaan.

Image via BULETINTV3

Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel pada tahun 1998

Menurut Presiden CGA Malaysia, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, pihak kerajaan harus mempertimbangkan tawaran ‘sekali dalam seumur hidup ini’ yang akan membina kejayaan Kuala Lumpur 1998 dan kembali meletakkan Malaysia di peta sukan dunia.

“CGA Malaysia dan CGF sudah berbincang berhubung peluang buat Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026. Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel adalah pada 1998.

“Oleh itu, CGA Malaysia berpendapat bahawa Kerajaan Malaysia harus mempertimbangkan peluang sekali seumur hidup ini – beserta sokongan dan pelaburan berkaitan – yang akan membina kejayaan Kuala Lumpur 1998 dan meletakkan Malaysia kembali berada di peta sukan dunia.

“Dengan fasiliti berkelas dunia sedia ada, Malaysia serba lengkap untuk menjadi tuan rumah temasya antarabangsa Komanwel yang membabitkan 74 negara Komanwel dan wilayahnya. Penganjuran akan membabitkan perbelanjaan kerajaan yang minimum dan membawa faedah sosio-ekonomi ketara kepada negara.

“Ia juga bakal meningkatkan taraf sukan Malaysia seperti apa yang berlaku selepas temasya 1998. Untuk tujuan itu, CGF dan CGA Malaysia sudah menawarkan cadangan yang menarik kepada kerajaan Malaysia,”
katanya.

Victoria menarik diri sebagai tuan rumah bagi edisi ke-23 itu atas alasan peningkatan kos penganjuran

Kelmarin, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, pihaknya sedang menyediakan kertas Kabinet, meliputi hasil kajian mengenai pelbagai aspek penganjuran sukan itu untuk diserahkan kepada Jemaah Menteri, bagi membuat sebarang keputusan.

Victoria menarik diri sebagai tuan rumah bagi edisi ke-23 itu atas alasan peningkatan kos penganjuran daripada jangkaan awal AUD2.6 bilion (lebih kurang RM8.09 bilion) kepada AUD7 bilion (lebih kurang RM21.78 bilion).

Kerajaan Victoria juga dilaporkan bersetuju untuk membayar AUD380 juta (RM1.18 bilion) kerana melanggar kontrak, apabila tidak dapat menganjurkan temasya itu mengikut jadual bermula 17-29 Mac, 2026.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment