seismik

Pengunjung Bazar Ramadan Rahmah Bakal Dapat e-Dompet Sebanyak RM20 - Fuziah Salleh

Kerajaan turut menawarkan insentif sejumlah RM50 kepada peniaga yang menawarkan Menu Rahmah.

Cover image via Jurnal Malaysia & Berita Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dengan ketibaan bulan Ramadan tidak lama lagi, sudah pasti ramai dalam kalangan umat Islam tidak sabar untuk menunaikan rukun Islam keempat iaitu berpuasa

Bukan sahaja dapat mengejar pahala beribadah, bahkan pelbagai aktiviti akan dilakukan seperti berbuka puasa bersama-sama rakan dan mengunjungi bazar Ramadan.

Menerusi laporan Berita Harian, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), mengumumkan sebanyak 60 Bazar Ramadan Rahmah akan dibuka di seluruh negara sepanjang Ramadan.

Lebih mengujakan adalah kerajaan turut menawarkan insentif sejumlah RM50 kepada peniaga yang menawarkan Menu Rahmah.

Para pengunjung yang hadir memeriahkan bazar itu juga berpeluang menerima insentif RM20 menerusi e-Dompet.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

KPDN bakal laksanakan Ops Pantau untuk kawal harga juadah di bazar

Sebelum ini, Datuk Dr Hasan Bahrom (PH-Tampin) turut bertanya mengenai tindakan KPDN bagi memantau situasi di bazar Ramadan sekitar Malaysia.

Menjawab kepada persoalan itu, Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh berkata penguat kuasa kementerian akan melaksanakan Ops Pantau bermula Selasa minggu hadapan (12 Mac) di setiap bazar Ramadan.

Hal ini, bagi memastikan tidak ada peniaga cuba mengambil kesempatan untuk menaikkan harga yang tidak munasabah sewenang-wenangnya.

Image via BERNAMA

Perkara tersebut boleh dikaitkan dengan situasi bazar Ramadan tahun lalu di mana kebanyakan orang ramai mengadu tentang harga juadah yang mahal.

Segelintir pelanggan mendakwa harga murtabak yang dibeli oleh mereka adalah sejumlah RM12. Kalau dijual di pasar malam biasa, selalunya ia berharga RM6 atau RM7 sahaja.

Ada juga isu di mana seorang lelaki meluahkan rasa terkejut apabila dia dikenakan caj tambahan RM3 oleh peniaga hanya kerana meminta dikurangkan ais dalam bungkusan air yang ingin dibeli.

Pelanggan tersebut mendakwa harga sebungkus air dengan caj tambahan itu yang akhirnya berjumlah RM8 adalah terlalu mahal.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: