[VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Jelaskan Hukum Jika Suka Mengejek Orang Lain Hitam
Menurut UAI, keadaan fizikal seseorang pada asalnya bukanlah sesuatu bentuk hinaan, tetapi sesetengah budaya telah menggunakannya sebagai bahan ejekan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI tampil menjelaskan hukum merendah-rendahkan orang lain
Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok, UAI berkata,mengejek seseorang dengan niat menghina melalui ciri fizikal seperti berat badan, ketinggian, atau warna kulit diharamkan.
Bahkan, Nabi Muhammad SAW menyatakan bahawa orang yang sombong tidak akan masuk syurga, walaupun sifat sombong itu hanya sedikit dalam hatinya.
Jika tujuan takrif maka hukumnya harus
“Dulu penggunaanya molek dalam masyarakat kita, boleh panggil orang itu hitam, putih. Tapi sekarang kalau hitam dinamakan menghina, panggil gemuk kira menghina,” katanya.
Menurut UAI, perkataan seperti 'gemuk', 'botak' dan 'hitam' jika digunakan dengan tujuan untuk memberi gambaran atau mengenalpasti seseorang kepada individu lain, hukumnya adalah harus.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!