Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Malaysia Duduki Tangga Ke-13 Negara Paling Banyak Makan Mi Segera Di Seluruh Dunia

Ia mencatatkan peningkatan sebanyak 5% walaupun terdapat penurunan global.

Cover image via Berita Harian Career Advice

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Malaysia menduduki tangga ke-13 di dunia bagi pengambilan mi segera tertinggi, dengan 1.64 bilion hidangan telah dimakan

Berdasarkan data Persatuan Mi Segera Sedunia (WINA) yang dikemas kini pada hari Isnin lalu, 13 Mei, negara China, termasuk Hong Kong, menduduki tempat teratas dengan 42.2 bilion hidangan.

Data tersebut menunjukkan bahawa pengambilan mi segera global menurun sebanyak 0.82% kepada 120 bilion hidangan pada tahun 2023.

Data ini berdasarkan anggaran penghantaran di 56 ekonomi yang dikumpulkan oleh WINA.

WINA ditubuhkan pada tahun 1997 untuk mengumpul dan berkongsi maklumat mengenai isu teknikal berkaitan pembangunan kualiti mi segera. Ia memberi tumpuan kepada tujuh segi iaitu rasa, keselamatan, kemudahan, ketahanan, kemampuan, khasiat, dan kelestarian alam sekitar.

Antara pengelola WINA termasuk jenama seperti Nissin, Nestlé, Braisun, Jin Mai Lang, dan Indofood yang berpusat di Muzium Cupnoodles Osaka Ikeda, Jepun.

Muzium mi segera cawan Osaka Ikeda di Jepun.

Image via Cupnoodles Museum Osaka Ikeda

Berikut adalah senarai 15 negara teratas dengan pengambilan mi segera tertinggi berdasarkan hidangan:

1. China (termasuk Hong Kong): 42.21 billion
2. Indonesia: 14.54 billion
3. India: 8.68 billion
4. Vietnam: 8.13 billion
5. Japan: 5.84 billion
6. USA: 5.1 billion
7. Philippines: 4.39 billion
8. South Korea: 4.04 billion
9. Thailand: 3.95 billion
10. Nigeria: 2.98 billion
11. Brazil: 2.55 billion
12. Russia: 2.2 billion
13. Malaysia: 1.64 billion
14. Nepal: 1.57 billion
15. Mexico: 1.55 billion

Gambar sekadar hiasan.

Image via Cookpad

Corak pembelian bergantung kepada kuasa beli rakyat

Menurut laporan Nikkei Asia yang diterbitkan pada September tahun lepas, harga makanan di kebanyakan negara melambung tinggi pada tahun 2022, menyebabkan lebih ramai pengguna beralih kepada mi segera.

Pada tahun 2020, pandemik global mendorong permintaan meningkat sebanyak 9.5% kepada 116 bilion hidangan. Angka ini meningkat pada kadar yang lebih perlahan pada tahun 2021 dan 2022 sebelum menurun sebanyak 0.82% pada tahun lepas.

Bagi Malaysia, pengambilan mi segera meningkat sebanyak 7.64% kepada 1.57 bilion hidangan pada tahun pertama pandemik sebelum meningkat lagi sebanyak 0.63% pada tahun 2021.

Pada tahun 2022, angka tersebut menurun sebanyak 1.94% sebelum mencatatkan peningkatan mendadak sebanyak 5.49% daripada 1.55 bilion kepada 1.64 bilion pada tahun 2023, walaupun permintaan global menurun sebanyak 0.82%.


Haa, siapa yang suka makan mi segera tu?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment