Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Tercampak & Terpelanting Dalam Tren" - Mangsa LRT Kongsi Detik Cemas & Panik Dalam Tren

Suasana tenang menjadi huru-hara setelah itu.

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Berikutan dengan kes pelanggaran dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) semalam, seramai 213 penumpang telah mengalami kecederaan

Kes tersebut membabitkan tren laluan Kelana Jaya yang membawa penumpang daripada arah Gombak dan sebuah tren yang tidak membawa penumpang.

Dipercayai kemalangan tersebut mengakibatkan seramai 47 orang penumpang mengalami cedera parah dan 166 orang penumpang mengalami cedera ringan. 

Menurut sumber, seramai 6 orang penumpang berada pada tahap kritikal dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur. 

Mangsa berkata kejadian itu berlaku dengan sekelip mata

Menurut sumber, seorang mangsa yang bernama Afiq Luqman berkata bahawa keadaan dalam tren menjadi panik apabila terdengar suara jeritan penumpang.

Tren tersebut berhenti secara mengejut ketika menghampiri stesen Kampung Baru sehinggakan sesetengah penumpang tercampak dan terpelanting dalam tren.

Afiq juga berkata, kemalangan yang berlaku dalam terowong bawah tanah berhampiran stesen LRT KLCC itu mengakibatkan ramai yang cedera.

Dia juga menerangkan insiden tersebut bahawa tren berhenti selama 15 minit dan kemudian bergerak semula. Kemudian, pelanggaran berlaku setelah tidak sampai 10 saat bergerak.

Impak pelanggaran itu sangat kuat sehingga dia mengalami cedera di bahagian kepala, kaki kiri dan sakit dada.

Image via Berita Harian

Sementara itu, ada juga mangsa yang mengalami sakit badan akibat hentakan yang kuat

Bernama melaporkan ibu kepada seorang penumpang LRT yang dikenali sebagai Mazuin Bahari bimbang apabila anaknya, Tengku Ahmad Raiyan Tengku Naha menghubunginya bagi memaklumkan kejadian itu.

Raiyan memberitahu ibunya bahawa kaki kanannya tidak boleh digerakkan dan badannya sakit akibat hentakan yang kuat.

Image via Free Malaysia Today

Dalam pada itu, kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 201 Akta Pengangkutan Darat 2010.

Kami doakan semoga kesemua mangsa LRT ini diberikan kesembuhan dan dipemudahkan segala urusan.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment