seismik

213 Mangsa Yang Terlibat Dalam Kemalangan 2 Tren LRT Bakal Terima RM1,000 Setiap Seorang

Sebagai pampasan kepada mangsa.

Cover image via @redzuanNewsMPB (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Semalam tular kejadian dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) dipercayai mengalami pelanggaran berhampiran stesen Kampung Baru

Kemalangan tersebut membabitkan tren dari Gombak yang membawa sebanyak 213 penumpang  bertembung dengan tren dari arah Kelana Jaya yang tidak membawa penumpang. 

Menurut sumber, kemalangan semalam mengakibatkan sebanyak 47 orang cedera parah dan 166 orang mengalami luka ringan. 

Mangsa kemalangan LRT berjaya dibawa keluar dan dirawat

Dipercayai kejadian ini telah berlaku akibat masalah teknikal dan miscommunication di pusat kawalan.

Semua mangsa dapat dikeluarkan pada jam 9.50 malam. Pasukan penyelamat dan petugas bersedia menguruskan bantuan dan kerja-kerja menyelamat di kawasan kejadian.

Pampasan diberikan oleh Prasarana kepada penumpang LRT yang terlibat dalam kemalangan

Sebanyak RM1000 akan diberikan kepada 213 orang penumpang yang terlibat dalam kemalangan semalam. 

Kos rawatan dan perubatan mangsa di hospital juga akan ditanggung sepenuhnya oleh Prasarana.

Bantuan kewangan juga diberikan kepada mereka yang tidak boleh bekerja akibat kemalangan. 

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik